Monday 23 February 2015

Segmen Bloglist April - September By Miss Sakura





Terima kasih miss sakura atas jemputan ini hahahahaha jemputan tak tahan tu. ok ok. Saya dah ikuti syaratnya. Follower awak ke-57. Dan saya mohon maaf. Saya dah tak pakai fb. jadi tak dapat saya like page awak. maafkan ok?

Sesiapa yang nak join silakan. Klik banner ok? cepat join ramai-ramai kita meriahkan dia punya segmen! hehe goodluck yang mana join.

Monday 16 February 2015

Bukan Tak Sempurna Tapi Istimewa




Miah dilahirkan tak cukup bulan. lepas seminggu dilahirkan, ayah dia dapat tau dia mengalami cacat penglihatan. mak ayah mana tak sedih?


Tahun ni, 2015. masa aku tengok ajl bulan lepas, kan tetiba ada caliph buskers kan? Aku tetiba teringat miah. miah pun pandai nyanyi macam tu. suara miah pun sedap. lepas habis ajl, aku sembang sembang jap dengan mama, angah , icha pasal miah. aku cerita semuanya. 


Aku start cerita macam mana aku kenal miah. Sebenarnya mama dah tahu. aku pernah cerita benda ni masa aku form 1. yaa lima tahun lepas. mungkin adik adik aku lupa. derang beria nak dengar kisah miah jadi aku pun mula cerita


Masa form 1, aku ditempatkan dalam kelas rancangan khas. bebudak pandai gittew padahal aku bukan tahap pandai centu. aku tak suka. dah la kena pisah dengan mama abah adik adik semua. sumpah aku tak suka. memandangkan sekolah aku jauh, jadi abah mohon asrama. dan benda paling aku tak suka dengar, AKU LAYAK DUDUK KAT ASRAMA. wth kan? punca lulus dapat asrama sebab aku duduk jauh dan aku budak RK. aku tak suka kot. Tapi abah syukur, takyah ulang alik hantar. dah la jauh. Abah nak aku berdikari. Ok sebab aku malas bantah, aku terima walau hati tak rela.


Lepas masuk asrama tu, aku tak rasa apa. rasa kosong. Tapi best kejap sebab aku dapat dorm sekali dengan syahidah, bestfriend dari skolah rendah. siapa tak happy kan? aku syukur sangat. lepastu, aliyya masuk. so that, junior ada tiga orang. satu dorm 10 orang. dan yang lain semua kakak kakak sesi pagi. 


aku minggu pertama je kot tak nangis. tapi call mama 4 kali sehari. jangan tanya seminggu aku spared syiling banyak mana. dan perlu korang tahu, aku dengan syahidah -- tiap-tiap minggu balik. tak pernah duduk 2 minggu sekali. tiap-tiap minggu ok. kalau tak dapat kelulusan, sanggup jumpa ketua warden sebab nak balik. aku sanggup dan ya memang aku hadap ketua warden sendiri. lantak lah nak jadi apa, yang penting tiap minggu aku boleh balik. dan perlu korang tahu, kedah start skolah hari ahad sampai khamis kan? khamis petang lepas habis je skolah, terus aku balik. aku tak masuk asrama dah. beg-beg semua aku letak kat pondok pengawal masa tengah-hari aku gerak nak gi sekolah. sebab ya. aku memang taknak jejak asrama dah petang khamis tu. *ayat ulang tu dena* ok ok dan aku akan jejak asrama balik pagi ahad, pukul 10 lebih  macamtu. *sebab aku skolah sesi petang masa tu* biasanya, bebudak hostel akan balik petang sabtu. tapi aku, lagi dua jam nak start kelas baru aku balik. jangan cakap aku hebat, sebab aku tahu itu. hahahahaha semua orang takleh cakap apa termasuk warden sebab semorang dah tahu perangai aku cemana thats why takda orang nak kawan dengan aku. 


hek eleh, orang yang taknak kawan dengan aku. sebab tu aku balik rumah tiap minggu. tak kuasa aku nak hadap muka bebudak asrama. semua jenis pilih kawan. tambah-tambah yang ada kakak angkat. makin naik kepala la. nak kawan dengan aku? pandang aku pun dia taknak lah


ok lepas dominggu aku jadi budak asrama, tetiba ada penghuni asrama baru. duduk dorm sebelah. aku salam cium tangan mak dia. nama anak makcik tu Siti Salmiah. lebih manja panggil miah. masa tu bebudak dorm miah ada dua orang je. Kak mira dengan kak apatah aku tak ingat nama dia tapi aku panggil dia akak je. dedua orang depa sesi petang. campur miah, jadi tiga. disebabkan dia jiran dorm aku, aku pergi lah dengan syidah sembang sembang dengan depa.


Miah tak kekok bila bercakap. Miah memang masih kebudak-budakkan. Macam aku. Masa depa tengah rancak berborak, aku terpikir macam mana ah miah dapat uruskan hidup dia kat asrama lepasni? Pastu aku senyum je. takleh nak pikir. aku akan tengok jelah cemana dia nak hadap. Aku mencelah tanya miah kenapa dia duduk asrama. tak rindu dekat mak ayah ke nanti. macam-macam aku soal dia. jawapan dia bagi semua tenang je. dia cakap dia taknak susahkan mak ayah dia. dia nak susahkan kitaorg pulak hahahahaha miah ni pandai gurau. lepastu dia cakap dia nak jadi pandai macam bebudak lain. dia cakap lagi dia nak berdikari memandangkan dia anak tunggal dalam family tu. dia ada cakap nanti kalau parents dia takda macam mana dia nak hadap dunia kalau sekarang dia tak belajar berenggang dengan mak ayah dia?


ok. aku sentap dengan jawapan dia.


masa syidah, aliyya, atika, anis masih kat asrama, aku jarang sembang dengan miah. lagipun asyik aku je dengan miah,mesti miah bosan nanti. aku akan sembang dengan miah bila dia kat bilik air, kat surau. bila aku rindu rumah, aku sembang dengan miah. miah kekuatan aku cewah. ok serius.


3 bulan kemudian, 


lepas aku dapat tau syidah kena pindah skolah kluster, aku dah resah dah. bila dapat call dari aliyya yang dia takkan duk hostel dah, aku resah. aku nangis. aku taknak balik asrama. aku sanggup tak pergi skolah kalau abah taknak hantar. aku tak kisah. kemon la, ko bayangkan dorm yang aku duduk tu 3 orang je sesi petang dengan aku. dah kalau dedua orang keluar tak ke tinggal aku sensorang. aku ni bajet berani je. padahal takut jugak. memang lah ada bebudak lain tapi semua dorm lain lain. atika dengan anis dah blah ke skolah kluster awal lagi. semua kawan yang aku rapat, hilang tau sekelip mata. tinggal aku sorang. 


hidup perlu diteruskan. lepas cuti raya cina kot tak silap aku, abah hantar balik asrama. sebelum keluar rumah, aku kemas rumah sikit-sikit, jemur kain, sapu sampah. masa tengah sapu sampah bilik mama, aku nampak baju kurung mama tergantung kat tingkap. aku peluk baju tu. aku nangis teresak-esak. biarlah. orang bukan ada pun kat rumah. mama dah gerak gi skolah dengan adik-adik awal pagi lagi. abah pun dah gi niaga. tiga jam lepas tu, abah pun hantar aku sampai depan pondok pengawal. masa aku bagi buku rekod asrama warna merah tu kat pakcik gaurd, aku nangis. airmata jatuh aku biarkan. biar abah nampak yang aku tak rela masuk dorm sensorang. pakcik tu pun dah kenal sangat dengan aku. dia ketawa. aku rasa macam nak baling je buku merah tu kat muka dia. orang sedih boleh lak ketawa. abah, dia mula la sesi pujuk memujuk cakap khamis ni balik pulak. abah datang sebelum kakak keluar skolah lah, macam-macam. aku tetap nangis. dah taknak berhenti jugak nangis, abah tanya ada duit ke tak. aku diam. then abah hulur not 50 hengget then abah mintak izin abah nak balik, nak meniaga. aku dulu sejak masuk asrama aku kaya weh. tiap minggu abah hulur 50 hengget, even duit minggu lepas tak sentuh lagi. begitulah rutin dari minggu ke minggu. aku sering cewah sering kau. aku slalu terima not 50. happy do. 


Kereta abah gerak, aku lap air mata, aku gerak lemah masuk asrama. terus call mama. lepastu baru masuk dorm. bayangkan masa aku naik tangga -- sensorang. buka pintu dorm -- sensorang. aku terpikir gak kang aku buka pintu dorm ter-direct terus bawah katil haaaaa jenuh. sebelum masuk aku baca doa banyak minta Allah lindung. banyak kali aku pegang tombol pintu. nak buka ke taknak. at last, aku ketuk dorm miah, kak mira. derang buka. aku ajak teman hahaahahha 


sampai dah nak gerak gi skolah, aku dengan derang je. masa dah siap nak turun gi makan, miah nak pakai kasut, tapi terbalik. aku tolong sarungkan sambil bebel dekat miah. kak mira mata dia act ok sikit. cuma mata dia tak jelas dan nampak kelabu. masa jalan, aku pegang miah tapi dia tak bagi. dia ada tongkat dia kata. ok miah ok. merajuk ah. jalan kepit dgn kak mira ah kejap


lepas tu aku hantar depa dua orang gi kelas pendidikan khas. aku pun kelas khas jugak. cuma beza dia, miah  & kak mira belajar pakai braille aku belajar pakai buku teks tebal nak mampus. tu je beza dia. aku cakap kat depa dua orang selamat belajar. jumpa malam nanti. dan terus aku blah gi koperasi. aku dulu ajk koperasi hiks.


dah berapa minggu dah pun aku rapat dengan miah, aku belajar jadi kuat macam dia. miah, dia bukan tak sempurna tapi dia istimewa. dia tak macam aku. aku pun tak sempurna tapi aku tak istimewa macam dia. apa yang dia dengar, dia suka ikut. contohnya lagu. then dia akan nyanyi even sebutan tu tak betul. aku dulu jahat gila. suka usik dia. aku suka suruh dia nyanyi, kalau sebutan tak betul terus aku ketawa. entah, rasa kelakar. lepastu aku betulkan lah. lepastu nyanyi sama-sama. 


lagi satu aku suka usik miah bila dia dekat bilik air sensorang. dorm aku dengan dia sebelah-sebelah boleh tembus melalui bilik air dan bilik ampaian. aku usik dia time pepagi dalam pukul 9-10 macam tu. sebab time tu miah suka masuk bilik air cuci baju lah jemur baju kat ampaian amende tah. kakak kakak senior pun takda. jadi aku ambik kesempatan buat bunyi hantu lah. gi cuit-cuit bahu dia lah. jahat kan? tapi, dia senyum je sambil gelak kakakaka macamtu pastu aku buat suara garau "Kenapa kamu gelak". Tapi dia power. walaupun dia tak nampak tapi dia punya rasa tu hebat. Dia tak gentar langsung. Spontan miah jerit "Diyanaaaaa!!!!" pastu aku ketwa je tengok telatah dia. Aku tanya dia kenapa datang sensorang bilik air ni. Jawapan dia mudah tau. dia cakap "Kami dah biasalah. lagipun kami takmau susahkan sapa-sapa, kami dah hafal bilik ayaq ni macam mana. kami nampak lah hahahha" 

terus aku berhenti ketawa. dan miah sambung ketawa.


ada lagi satu. masa tu aku lepak bilik miah. sambil buat homework sambil nyanyi lah apa dengan miah. orang lain turun prep aku lepak hahahaha kisah apa. aku malas nak turun prep. aku bukan ada kawan pun. masa buat homework math tak silap aku. aku terpikir nak kenakan miah. terus aku potong miah, jerit panggil dia. masa tu dia tengah nyanyi. dia marah sebab satu, aku potong dia nyanyi. dua, aku jerit panggil dia. yelah dia ada kat sebelah jerit amenda kan? kak mira dengan kakak sorang lagi ketawa jelah masa miah marah. aku tanya dia 

"miah, miah nak main teka-teki dak?"

"haa boleh boleh. teka-teki teka tekuk, ulaq mati dalam mangkuk hahahahha"

"miah ni nanti la dulu. kami tak tanya lagi"

"teka teki teka tekuk makan mi dalam mangkuk hahaha"

dulu, teka teki teka tekuk pastu sambung ayat ni memang femes. miah cukup suka

"miah ni sengap boleh dak? kami takdan teka lagi" 

sengap tu maksud dia diam atau senyap. get it?

"halah. kami sengap. lekaih la teka. satgi kerja skolah tak siap"

"ok miah hampa teka tau. ni berapa?"

tunjuk jari macam peace tu. memang miah nampak pun. nakalnya aku masatu bebudak dorm tu je tahu. sebab bila dengan kakak senior, aku sengap membisu. tanya sepatah aku angguk atau geleng je.

"berapa apa?"

"meluat ah main teka dengan miah. ni dua. kalau macam ni tiga. kalau macam ni lima. tau"

sambil tunjuk jari.

" hampa buat apa? mai sini sat"

aku pergi

"awatt ish?"

"mana yang dua. mana yang tiga. mana yang lima?"

miah pegang tangan aku. aku tunjuk kat dia. lepastu miah dah pandai dah


kan aku cakap. aku dulu, jahat sangat. tapi miah baik. sanggup kawan dengan aku. layan je perangai bebudak aku even dia bebudak gak


ok.


benda lebih kurang je yang berlaku setiap hari. semua dah tahu kan aku duduk dorm sorang je pepagi. memang ah cerah tapi aku pun ada perasaan takut cuak semua tu. dah la dalam dorm aku sorang junior. aku sorang laktu budak sesi petang. bayangkan ah macam mana aku lalui semua tu. masuk dorm sensorang kemas cadar sapu sampah ikut jadual kemas beg. aku sorang. aku ulang lagi. aku sorang tau. kakak yang lain semua sesi pagi. memang asrama riuh dengan orang gelak ketawa. tapi sunyi tu masih rasa. belakang tu dah la kelapa sawit. gerun dia jangan cakap. sampai aku pernah nangis nak balik masatu jugak sebab aku nampak benda. aku taktahu itu ilusi atau betul. yang pasti aku memang nak blah dari situ lepas nampak benda tu. abah, biasalah. dia cakap tu alasan. dia cakap benda tu aku hanya perasan je. mama, dah risau dengan aku. tapi kalau boleh aku nak ambik gambar tunjuk dekat abah mama yang aku nampak. dia macam beruk ke monyet besar lebih kurang pokok kelapa sawit tengah peluk pokok. dah nampak tu terus aku lari dan tak pandang dah tempat tu. memang tak henti aku baca ayat kursi. yaasiin memang tak lepas. terus aku pergi dorm miah. tapi aku diam. dan sampai sekarang bebudak asrama tak tahu apa yang aku rasa. sebab aku tak cerita. yang aku dengar dari derang, banyak yang seakan-aakan perempuan jalan kat balkoni dorm huish seram nak. tapi alhamdulillah aku tak pernah nampak. Kalau takda miah n de geng aku taktahu apa jadi dengan aku kat asrama. nangis tu tiap hari. miah n de geng kekuatan aku. miah n de geng slalu teman aku masuk dorm bila aku takut. takut hantu. memang depa tak nampak hantu. tapi kalau ada pun, miah punya ayat-ayat power. boleh aku lindung belakang dia. rasa menyusahkan miah sangat.  aku banyak kali mohon sorang dua budak duduk kat dorm aku. tapi hampeh. takda function pun. entah kakak yang jaga asrama tu buat ke tak check-list. tak guna



Aku nak cakap terima kasih kat mama abah sebab hantar tinggal kat asrama. sorry sebab habiskan duit sebab bayar kat pakcik van lepas kakak keluar asrama. 4 bulan aku tinggal kat asrama, aku nak cakap terima kasih kat bebudak asrama tak kisah kakak senior atau kawan sebaya sebab tak pandang aku pun. Sebab korang aku sedih. Sebab sedih Allah hadiahkan miah untuk aku hihi. aku banyak belajar dari miah ni. memula miah datang, jujur ah aku tak berapa suka dia. tapi Allah nak tunjuk kan. pelan-pelan aku terima. aku rasa kalau ni terbaik, why not aku go for it. dari takda kawan kan? miah layan aku pun baik je. Mak ayah dia boleh kata sehari dua kali mesti datang jenguk dia. aku jeles gila pastu aku sedih kenapa mama abah tak datang jenguk aku macam parents miah buat. balik dorm aku nangis. miah datang sebab haritu aku tak pergi dorm dia. dia bagi kata-kata semangat pastu buat kelakar. pastu suka tanya, "nak kami bacakan ayat apa-apa dak?" sebab aku pernah pesan, kalau aku tengah nangis, nyanyi kat aku lagu atau baca surah apa-apa. tu dia tanya tu. tak sangka miah ingat.


dan aku rasa. tu minggu last aku kat asrama


aku keluar asrama tanpa sebarang notice. aku tak kisah pasal miah ke apa ke yang penting aku nak keluar. memandangkan kelas aku atas bilik pendidikan khas, seminggu lepas tu masa rehat aku ada gi jenguk miah. aku cium tangan kak mira. aku jumpa depa dua. aku cakap aku dah tak duduk asrama. dan aku tengah tunggu surat dari skolah kluster jitra. lepas tu miah cakap, jenguk la dia slalu. masa sembang dengan dia kejap, dia pegang tangan aku. gosok gosok tangan aku. miah memang suka pegang tangan sesapa je bila dia sembang. sebab melalui tangan tu dia boleh kenal siapa diyana siapa orang tu siapa orang ni. hebat kan?



masa aku kat asrama jugak, miah pernah banyak kali jadi imam. kak kila, ketua aspuri minta dia jadi imam. ayat dia baca, sedap sangat. sampai tak fokus solat aku dengar ayat dia. lepas habis solat maghrib, baca itu ini, ramai yang minta miah nyanyi lagu nasyid. miah nyanyi. sedap sangat. kalau minta dia baca surah apa-apa dia baca lah. semorang terpegun dan terkesan dengan miah. even dia tak nampak, tapi dia hebat. dia istimewa. Allah pilih dia. kalau waktu malam, aku jarang dengan miah. sebab ramai kan. so aku memang alone. turun prep duduk sebelah kakak mana tah. dia pun macam tak hingin aku duduk sebelah dia. dalam hati, aku cakap "kak, hang sabar jelah kak, tak lama dah aku nak duduk sini. nanti hang takyah pandang aku macamtu dah"  


ada satu hari time aku masih duk asrama lagi, miah ada bawak balik braille dia sebab ada kerja dia belum siap. aku teruja siot dia tulis laju nak mampus hahahaha. lepas tu aku cakap aku nak try dan dia bagi je. tapi aku memang taktahu pape pasal natang tu. 

"miah ni macam mana ni miahhhhhhhhh? ajaq sat"

dia dah bagitau key ini apa key hujung tu apa tapi aku still lembab tak dapat tangkap. at last

"miahhhhh. tulis nama kami sat boleh dak? nah macam ni eja dia. miah taip kami habaq tau. go miahhh go!!"

"lekaih la tadi suruh sangat"

miah marah hahahahah sebab aku kacau dia buat kerja

"ok ok d-i-y-a-n-a"

"nah ambik. simpan buat kenangan tau"

______________________________________________________________


dan sampai sekarang aku masih ingat cemana rupa dia. cara dia cakap. telatah dia. aku rasa aku baru je dok sebut nama dia baru-baru ni. rindu. tapi taktahu cemana nak contact. sebab aku kira dia dah habis skolah. macam aku. mesti skang dia duduk rumah. 


tadi, macam biasa, lepas habis siram pokok bunga abah, aku akan masuk rumah buka tv tengok Malaysia Hari Ini (mhi) sambil kemas rumah gittew. masa aku buka tu mhi dah start. masa aku tengok, part bebudak laki yang cacat penglihatan tapi power gila main bola sepak. menarik cerita harini -- bisik hati cewah novel sangat. 


lepas tu, aku dengar saiful ke perempuan tu tah cakap, "harini kita ada tetamu khas. dijemput siti salmiah"


what?

Siti Salmiah?

Salmiah?

Miahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!


aku tenang je dulu kot kot salah orang. 


skali dia nyanyi lagu siti nurhaliza. sah, ni miah yang aku kenal lima tahun lepas. suara dia tak berubah. rindu sangat. aku happy gila dapat tengok dia. muka mak ayah dia tu, aku kenal.


tak sangka tau. Allah nak temukan aku dengan dia harini. even bukan depan-depan, at least aku nampak dia. dengar suara dia. dengar dia baca al-mulk tadi. subhanallah. rindu sangat. 


aku rindu nak dengar dia nyanyi lagu em aku tak sure apa tajuk dia tapi lirik dia macam ni


Buta mata tak nampak jalan didunia kerana tidak namapak cahaya
tidak tahu ke mana hendak dituju ke hilir atau ke hulu
Boleh jadi orang simpati yang membawa
tapi buta hati menderita


*****lagu ni first time miah nyanyi dan aku sangat terkesan dengan lagu ni. sampai sekarang aku ingat bait tu je. yang tu je aku ingat hahaha maaf lirik aku tak sure betul ke tak. aku main bantai taip je kakakakakka


Entah, aku rasa happy dapat tengok dia. Bila boleh jumpa pun aku taktahu. Aku harap miah tak lupa aku. em harap dia masih ingat aku. Tapi kalau dia lupa pun aku tak kecik hati sebab perjalanan dia kat dunia ni, dia dah jumpa ramai sangat orang yang kagum dengan dia. termasuk aku. jadi, aku tak kisah. cuma aku bangga sangat dengan apa yang dia dah buat selama dia hidup. 


Miah. dia bukan tak sempurna tapi dia istimewa sebenarnya. Bukan setakat bisa nyanyi tapi dia punya kuasa dari Allah untuk habis dihafalnya 30 juzuk al-quran. Bayangkan kita yang ada kuasa melihat yang Allah pinjamkan untuk kita, tapi kita gunakan untuk apa? kita dapat buat apa dengan kuasa mata yang power sangat ni? surah pendek pun belum tentu lancar kita sebut. Allahu. moga muhasabah diri ya dena


Allah dah pilih kau dena untuk kenal hati budi orang yang taknampak dunia. jangan tanya aku cemana aku rasa. sebab perasaan tu tak dapat digambarkan. rasa dia lebih dari tenang. 


pagi tadi, aku ada post kat instagram. ada yang tanya aku tulis tu kisah benar atau apa. Allahu. jujur aku kata, ni cerita betul. Mungkin tanggapan semua, aku cuma nak tumpang popular bila miah masuk tv. kononnya baru nak ngaku kawan. Takpelah, mulut orang, tanggapan orang kita takleh halang. yang mana percaya-- teruskan. yang mana tak percaya-- aku tak terasa pun. ya mungkin betul, sebab miah masuk tv baru aku terhegeh-hegeh upload itu ini post itu ini. macam aku cerita, aku rindu miah. aku tak sangka tetiba dia muncul. 


mungkin ni cara Allah nak tunjuk dia dekat aku. Maaf ya semua. Aku memang banyak buat salah dengan miah. Last aku jumpa pun masa rehat tu jelah. Lepas cuti tengah tahun, aku terima surat skolah kluster tu. Aku pergi. Habis je tahun tu, terus aku pindah taiping. Memang totally lost contact dengan miah. Nama d-i-y-a-n-a yang miah taip pakai braille pun hilang masa aku kemas-kemas barang nak pindah. kan aku cakap, lepas aku tengok ajl time caliph buskers nyanyi tu tetiba terdetik nama miah dalam kepala aku. dan tak sangka tadi miah muncul kat tv. 


Aku nak titipkan pesanan sikit. Walaupun derang ni buta jangan anggap derang tak nampak tau. Deria rasa derang kuat sangat. hati derang ni terang. derang memang tak sempurna. sama macam kita. tapi kita still cukup sifat dan boleh buat apa je yang kita suka. macam derang, banyak yang terbatas. tapi derang tak pernah merungut. Malah tiap hembusan nafas derang bersyukur dengan apa yang derang ada. macam miah,  once bila dia dah pegang tangan kau, dia akan ingat siapa kau. tapi aku tak sure sekarang miah ingat aku lagi ke tak. satu sebab dah lama aku tak jumpa miah, dah lama dia tak pegang tangan aku. dua, dia mesti pegang ramai tangan orang selama 5 tahun ni. Tak kisah lah, tapi aku syukur dapat kenal miah. Bersyukur sangat


Aku tak ambik kesempatan, tapi aku cuma teruja nampak dia. Rasa bangga dengan dia. Tu je. Terima kasih sudi baca post kali ni. Tak minta simpati apa-apa langsung dari korang semua. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang elok dari khilafnya aku sendiri. Maaf. Jumpa lagi. Adios

Ikhlas,
Dena 

Wednesday 11 February 2015

Birthday Giveaway by Farahana Ramlan

Klik sini dulu
Klik banner atau [[SINI]] untuk join
Yay jumpa lagi dalam Birthday GA ni. Ni kali kedua saya join GA wuuu tahniah dena. First, i wanna thank to Farahana sebab invite saya. Korang yang nak join  boleh dengan senang hati gi klik banner tu tau. join cecepat weh tinggal dua hari je lagi GA ni bakal melabuhkan tirai haa gittew. cepatttttt klik banner dan baca dan fahamkan dan terus buat entry. jangan baca ucapan saya hahahahahhaha saya tak pandai nak wish orang punya birthday. jangan baca tau melainkan tuan yang bakal sambut birthday hiks
Okay sebenarnya tak tahu nak mula ayat cemana. ok ok macam ni. Assalamualaikum Farahana. Birthday kau lagi tiga hari tau tiga hari!!! tolak harini dah tinggal dua. dah tak lama dah. dan masa kau baca wish entry ni maybe masa birthday kau. kan? wow best tak dapat banyak ucapan? so, HAPPY BIRTHDAY!!! yay kau dah tua dah tua yay. aku cakap macam tu sebab umur kita sama tapi memandangkan birthday aku bulan sepuluh wahahahaha lambatkan so aku rasa aku masih muda. nak panggil kau akak boleh tak hahahaha ok its a joke and im joking kakakaka. but no worries, lambat ke cepat masa tetap berjalan kan? In shaa Allah, sampai lah masa aku nanti hihi. Jadi aku kat sini firstly nak ucap thanks sangat jemput aku join GA ni. tapi aku tertanya-tanya jugak. bukan sepatutnya kitaorang ke yang bagi hadiah kat birthday girl? tapi lain pulak sebaliknya hahahaha takpelah. sempena birthday kau, aku doakan kau panjang umur. harap suatu hari boleh jumpa tak kisah lah kat mana mana sekalipun. kalau bukan disini, disana kan ada. ya, ada. sebab kau ni baik sangat buat GA, aku doakan rezeki kau tak putus. results dah nak keluar. ok takyah cakap gerun sbb aku kat sini pun rasa benda yang sama. cuma nak wish kau berjaya dalam apa-apa pun bukan setakat disini ok. moga results gempak. nanti dapat results, share dengan aku eh. ok cukup pasal results. aku doakan lagi segala urusan kau dipermudahkan oleh Allah. moga iman makin kuat makin kukuh makin mantap. moga dijauhkan dari segala keburukan. moga disayangi orang sekeliling. moga dikurniakan kawan yang always support kau susah senang. stay flawless stay pretty. maaf ler ter-wish panjang pulak. tak sengaja. maaf ok. disebabkan aku tak kenal kau hahahaha nampak tak, so aku taktahu nak describe cemana. oh btw, salam perkenalan salam ukhuwah :) ah btw *btw lagi* kau dah ambik lesen kereta ke belum? kalau belum, cepat ambik manatau nanti jumpa ke kan, boleh lah kau bawak aku round tempat kau. ok tetiba sangat ya Allah. teringin nak berkawan dengan aku tak? hehehehe kau jawab sendiri takyah cakap dekat aku tau. haa aku dah takde benda nak wish tu tetiba keluar soalan cepumas ahaks so apa-apa pun kau jaga diri bebaik tau. dah lapan-belas do kau hahaha percaya tak? once again, happy becoming birthday pretty. have a blast. enjoy your day *wink* 
  

ps: maaf kalau gaya bahasa agak kasar. dalam kasar ada sopannya eg saya banyak letak "hahahaha" kan? yeah, its me.  maaf kalau ada yang tak selesa em. kalau ada yang tak enak, anggap je tu gurauan. senang cerita, yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari saya sendiri. Adios
With love,
Dena

Tuesday 10 February 2015

1st GiveAway WanitaBesiBerbicara

Klik sini WOW


KLIK BANNER ATAU [[SINI]]


Thanks kak emma jemput saya join GA. Saya dah follow blog kak emma hihi sila rasa terharu. Yang lain tu saya jarang active melainkan wechat & ws je. Okay akak, get ready dengan wish saya yang agak panjang tapi saya rasa tak berapa nak panjang sangat kot.


Disesebabkan saya tak kenal akak maka saya cabar diri untuk join. eh tetiba kan? tak macam ni, mana tau ada rezeki kan. hadiah gempak giler sapa tak teringin? mata saya dah blink blink. maaf saya tak pandai berpuitis untuk menarik perhatian akak emm saya bukan pelajar sastera em maaf.


Okay akak, sebenarnya birthday akak lambat lagi kan? 22 Mac wuish lambat lagi. Tapi dont worry zaman sekarang beredar dengan pantas tanpa kasihankan sesiapa. Sebab tu pepatah siapa cepat dia dapat, wujud. Tapi untuk GA ni, nasib baik akak tak buat siapa cepat join dia dapat hadiah hebat. nasib baik tau. Kalau tidak, memang takda harapan lah saya. 


So, wish untuk harini macam advance punya wish lah kan hehe. ok baru nak start wish


Assalamualaikum akak. Sempena hari lahir akak yang ke-24 ni, dena nak ucapkan happy advance birthday memandangkan terlalu awal wishnya. Moga akak dalam lindungan Allah serta dipanjangkan umur. Keep pretty ok. even dena tak kenal akak secara em secara betul-betul kenal lah kan, tapi dena tahu akak ni mesti baik, sopan, penuh keayuaan ha gittew. moga tahun ni kehidupan akak penuh dengan kegembiraan. Tapi akak jangan risau, kalau kesedihan melanda, tu maknanya Allah nak uji akak. I wish akak tabah serta kental untuk hadap ujian tu. Masa tu akak jangan pikir betapa susah nak handle ujian tu tapi akak ingat hikmah yang menanti akak. ok? Moga akak dikurniakan kawan yang always support akak tak kira senang atau susah. Moga apa yang akak ingin sampaikan samada secara lisan atau apa apa je kat sapa sapa je, dimudahkan oleh Allah. Akak, umur dah hampir 24 hiks so calonnya dah ada ke belum? eh jap, akak sebenarnya dah kahwin ke belum?  dena tak kenal akak sangat dan taktahu apa-apa sebab tu dena adakan segmen sesi perkenalan tapi tak sempat nak kenal-kenal lagi kan? its okay. ok sambung pasal kahwin hahahahaha ya Allah dena ni tak habis habis kan? ok ok kalau akak belum kahwin, dena doakan akak jumpa calon yang sesuai dengan akak. moga dia boleh pimpin akak dan segala macam lagi lah. so kalau nak kahwin nanti jangan lupa orang pertama yang akak kena jemput, DENA tauuuuu hahaha. Moga disayangi orang sekeliling. sempena birthday ni jugak, dena doakan akak dapat capai cita-cita serta azam tahun ni. moga tiba tiba masa birthday dapat iphone 6 ke wahhh mesti best kan. in shaa Allah. ok dena dah taktahu nak wish apa, em enjoy your birthday nanti ok. so once again, HAPPY ADVANCE BIRTHDAY yaayyy 


ps: hahaha nak cerita pasal ikhlas ni biar diri sendiri dengan pencipta ajelah tahu. sbb orang takleh sukat ikhlas mana diri kita. doa yang dena tembak kat atas tu inshaa-Allah ikhlas. hadiah tu cuma nak bagi nampak je kan. tapi dena tak kisah. karang akak ingat wish bukan main sebab nak hadiah je kan. so, itu je yang dena mampu. maaf kalau ada tak best kat mana mana. 

With Love,
Dena

Monday 9 February 2015

Segmen Tambah Follower & Sesi Perkenalan





hiks. ok hai semua. maaf banner tak glitter dan tak gerak gerak. sebab saya rasa blog ni dah penuh dengan natang gerak gerak. karang korang pening migrain ke jenuh saya. well said, banner sekarang pun dah semak kan? em ok memandangkan saya hanya menanam anggur je kat rumah *menganggur* dan tak dapat respons dari mana mana tempat kerja yang saya tinggalkan no phone, so saya decide nak rapatkan ukhuwah  
tak, macamni. saya dengar cerita ramai orang baru start blogging? macam saya hahaha eh tak saya baru continue balik setelah sekian lama saya diamkan diri. sebabtu kalau korang godek entry yang lepas, tak banyak kan? ye banyak yang dah delete. 


saya kira mungkin first segmen dari saya harini, dapat membantu kawan-kawan yang baru start blogging dan nak tambah follower kan. bukan dapat tambah follower je malah *k bm sangat* meningkatkan trafik blog ye dok? besides, kita boleh kenal antara satu sama lain. kan? wuuu best tak? hiks so cepat buat entry. letak banner dalam entry backlink dengan  entry saya ini dan cepat ajak orang join. moga ukhuwah yang kita bina dirahmati Allah in shaa Allah.     


boleh tinggalkan komen kat entry ni dan in shaa Allah saya akan update nama-nama orang yang join. saya bercadang untuk jalankan segmen sampai hujung februari. boleh?
okay, moga membantu newbie di luar sana 


Syarat-syarat penyertaan :

  • follow blog saya dan nyatakan awak orang ke berapa. eg: *98 
  • Tolong tekan iklan nuffnang sebab saya baru sign in je. sadis
  • kalau dah buat entry mohon copy url entry awak letak kat ruang komen saya sebab saya nak masukkan nama peserta hehe
  • make sure blog awak ada follower widget bagi memudahkan orang follow awak
  • bukan button follow yang ala-ala tumblr *nasihat
  • ajak orang join ramai-ramai so that followers awak akan bertambah dgn cepat
  • follow instagram saya @dynals_ *tak. act saja masuk line haha
  • tamat pada hujung bulan feb   
  • boleh tinggalkan link korang dekat komen peserta yang join sama

Simple kan? Saya tak minta awak buat entry panjang macam saya hahaha just letak banner dan backlink url saya je supaya orang lain boleh baca syarat-syarat penyertaan tu. hah syarat-syarat penyertaan pun takyah letak sbb kan macam saya cakap tadi, buat simple je. dan ajak ler sesapa join. so no worries okay? moga memberi manfaat kepada awak semua.


btw, nak dapatkan banner tu korang klik je url banner . jangan risau dia akan automatik new tab dan terus ler save atau copy urlnya saja. goodluck. selamat mencari kawan baru dan menambah follower dengan rakusnya kihkih


Alhamdulillah selesai entry harini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang elok pun datang dari-Nya  juga kerana saya tak punya apa-apa. Terima kasih. Adios

Senarai url PESERTA

With love,
Dena

Wednesday 4 February 2015

Liebster Award


hai semua. dena kembali lagi. maaf kepada sesiapa yang sering *kononnya ada, takpe lah sedapkan hati ekeke* jenguk blog ni. Sebab blog ni tengah upgrade tapi saya taktahu nak hias apa how sad kan? entry pun tak ter-update emm maaf maaf. rancaknya seorang bernama dena berniat lepas je habis spm terus nak berblogging balik nak rapatkan ukhuwah tapi hahahaha takpelah kita cuba pelan pelan. hah saya update entry harini bersebab. kalau tak entah lah bila nak ter-update, kan? 


okay saya di-tag oleh kakak flawless ni. thanks tau sebab sudi tag hihi 

baiklah mari kita jawab soalan kakak ni. soalan pertama berbunyi *cewah mc kan*


1. Apa maksud nama awak

baiklah. menurut buku nama-nama anak dalam Islam tu, maksud nama saya ialah cahaya keagamaan. Makna baik kan? pandai parents saya cari. Doakan saya dalam menjalani kehidupan as a muslimah. jangan risau. saya juga sentiasa doakan kalian in shaa Allah


 2. Hati awak ni mudah tersentap/nangis ke tidak. Selalu nya tentang apa

ehem. saya jarang nak menyentap ni. kalau orang gurau kasar pun em saya mampu terima lagi. Tapi saya selalu sentap bila ada ceramah apa apa tak kisah la di mana yang menekankan tentang pengorbanan ibu atau ayah atau keadaan family atau keganasan yang berlaku untuk menghancurkan Islam. dari saya darjah 4 lagi, saya dah sertai program di luar daerah bawah anjuran negeri untuk wakil skolah. well masa tu mentah lagi, pisah dengan family sampai tiga pat hari kan. dahtu, pergi sorang sorang laktu. pergi kat tempat anjuran tulah baru sibuk sibuk nak cari kawan pun. saya paling benci bab ni tau. saya lemah nak cari kawan kakakaka apalah dena ni melalut kkkkkk jap, lepas tu tiap malam saya slalu nangis kecuali malam terakhir sebab gembira esok nak balik dah boleh jumpa mama abah semua yay lulz tetiba ok maaf 


3. Cara cara awak pujuk diri awak kalau tengah moody.

..... *panjang sangat saya tulis dan saya decided untuk delete* saya diam diam diam diam diam sampai hati reda sendiri hah macamtu lah. kalau still tak tenang saya gi ambil wudhuk. em 


4. Handphone impian awak kalau awak ada duit nak beli,

hahahahahhahaha saya rasa seluruh dunia mengidam iphone kot. walaupun tiap tiap tahun, ada je series terbaru keluar. dan orang takkan berhenti untuk dapatkan iphone tah apa apa tu kakaka. em menjawab tak pertanyaan tu?


 
5. Awak ni jenis yang macam mana. Senang di bawa berbincang ataupun tidak?

yessa. saya jenis tak kisah. makan tak kisah. sebab tu kalau gi mana mana dengan sesiapa pun orang tak risau. sebab saya jenis tak kisah. ikut je selagi tak langgar batas ubi. agama. menjawab soalan tak? aaa maaf


6. Apa perkara utama awak akan buat kalau awak dapat apa yang awak nak sangat dalam hidup awak

In shaa Allah, saya slalu cakap kat diri sendiri dan ada niat dalam hati em saya akan buat puasa sunat in shaa Allah


7. Awak lebih prefer lepak kat rumah atau hangout?

Dulu memandangkan saya seorang penghuni asrama *masa form one je*, dan masa saya masih dibangku persekolahan*bm sangatkan* saya selalu cakap saya nak duduk rumah sampai taknak keluar. sanggup buat apa je dalam rumah tu. tapi sekarang bila dah menganggur macam ni saya rasa nak keluar sebab setiap hari setiap saat saya patah-balik patah-balik saya nampak hall, nampak bilik tidur nampak dapur nampak benda yang sama aaaaaa tolong 


8. Apa apa pandangan tentang blog saya. 

ok jujurnya pertama kali saya singgah blog awak, saya jatuh hati. kakakakaka jatuh hati dengan kekemasan dia. saya jeles. sebab tu saya tengah baik-pulih blog saya ni. dan saya tak sangka lagi buruk rupanya wajah baru blog saya hahahaahha sedihkan. blog awak sedap mata memandang sesedap makan tomyam semalam nyum  sebab tu lambat post entry ni hehe



ps : maaf akak. saya rasa macam jawapan saya panjang sangat dan tak memuaskan. maaf ye. ni benci ni emm maaf :(




Okay sekarang giliran saya pulak nak tanya so get ready korang


 Matlamat hidup awak apa? share sikit 
 Awak anak ke berapa dan peranan awak macam mana dalam family tu
 Pernah bercinta? *kakakakkka soalan tah pape*
 Kalau awak jumpa anak kucing tengah nangis, awak buat apa dengan dia? 
 Minat game macam mana, contohnya hoki ke dan sebab minat 
 Pandangan awak terhadap blog saya *uhuuu nangeh*
 Nasihat/kutukan membina untuk saya?
 Best tak kena tag dengan saya? 
 Ada minat gila-gila dekat mana mana artis? siapa? fuh haha


image

Syarat-syarat Liebster Award

mention the person who nominated with link
answer the question
nominate other blogger
create the questions
notify your nominate

 
Anda ditag! yay. walaupun tak kenal tapi takpelah kan. salam perkenalan. jawab dengan gembira ye. tapi kalau korang takleh terima pasal tag-tag macam ni its okay, im sorry.  terima kasih & jumpa lagi. follow dan klik nuffnang saya kalau rajin tau hihi.  


http://bila-cik-aza-berbicara.blogspot.com/
http://thenamyblog.blogspot.com/
http://nurul-rasya.blogspot.jp/
http://hibaeri.blogspot.com/
http://fairuzaqilah-official.blogspot.com/
http://farahanaramlan.blogspot.com/
http://biggirlcannotcry.blogspot.com/
http://budaksembilanpuluhlima.blogspot.com/



untuk korang yang kena tag, bila dah jawab soalan-soalan yang saya bagi tu, boleh lah tinggalkan link dekat kotak komen. Terima kasih. Adios 
 
  • Hello peeps welcome to my *unprivate diary* HAHA so enjoy yrself here ok? Selamat menggodek cerita bosan & Have fun hiks