Tuesday, 20 January 2015

PEOPLE CHANGE


Guna AKU takpe kot?
Bukan niat nak konghajo 
hikhik okay? okay.


Heyyo wadup? cewah baru unprivate blog bajet gangster pulak kakdena ni hek eleh! korang ter-tanya-tanya-tak pemilik blog yang cumels ((sangat )) ni hilang ke mana? Dua tahun lebih laktu, kan? hek eleh kalau rindu cakap ah rindu. nak simpan simpan dalam hati kenapa? banyak songeh la ko



dah la url blog pun pelik kan. tetiba hantu. kalau ada bebudak baru nak main blog, nampak je h a n t u ((colourful ciked bagi adik-adik tak nangis hikhik)) terus tutup gi tidur gamaknya hahahaha ok tak sampai. lain kali kakdena cuba lagi ok? ala.



ok sambung---


dah kenapa lah si hantu dena ni tetiba muncul dengan title gitu pulak. takdelah sejak dotahun lebih aku private blog ni macam aman sikit lah. sikit je.. sikit. tak banyak. rasa dia tenang cemana entah. rasa macam bertambah matang. gittew kau. suka nau over. yelah aku start berblogging ni since 2011 yang perangai pun entah pape doh. masa tu memang fikir blog ni as a wonderful diary ever yang boleh hapdate doploh-pat-jam. 



betul.... kalau tak percaya gi tanya silent readers aku. ((yek macam ada je)) Tbh, sehari 4-5 kali aku update ya ampun macam tak percayakan tapi tulah hakikat dia. sebenarnya bukan main banyak post tah pape yang dah di-draft-kan dan yang dah di-delete pun ada sebab taktahan. malu dengan diri sendiri HAHAHAHHA 



well said, dulu tah pape. zaman rempit katako. ayat semua tunggang langgang kecik besaq mashaAllah. Taknak cerita ah. lets bygones be bygones ok! chill semua



Cred: Pakwe Google Hengseng

hehehehe baru sampai main point dia tudia lambat kan? aku ada je selama dotahun lebih halah kau buat cuak apa. jumpa dalam mimpi hari-hari kan? ok ok tak. macam ni. i hv my own reasons la kan kenapa nak private  blog bagai. padahal kat twitter semak jugak. kat wechat ada je bersepah update moment. facebook je memang langsung tak sentuh memandangkan lupa password oh ya even i hv sec acc tapi sec acc tu tak hot. kahkah terpaksa potong ---- ala sebab like seriously rasa malas gila nak on facebook. facebook kan bebudak baru nak up. konghajo tak konghajo ni. ada telan selipar jepun karang haih dena ni,



ayat je gempak dotahun lebih dotahun lebih dotahun lebih dari tadi. padahal setahun lebih je. awal tahun 2013 dah berjinak-jinak nak berhenti. 2014 memang tak sign in langsung kononnya nak focus study sebab spm ah dusta je semua tu. selagi phone ditangan lingkuplah hidup aku. musnah masa depan. dia tak sedar yang dia nak hadap killer subj macam bio chemistry physics addmaths. tu belum tolak tidur makan memain dalam kelas lagi. dia pikir dia dah power hmm macam mana bebudak zaman sekarang nak berjaya? haih tetiba rindu sekolah lol lol lol. act sebab lupa password kahkah semua nak gempak je cerita the heck betul. 




tahpebenda aku nak cerita dari tadi lagi duk sangkut-sangkut ------ ok sambung, sebelum aku private blog tu memang ada niat nak berubah. kemon man YOLO kot. takkan kau nak merangkak je sepanjang hidup sedangkan kau mampu berlari? hah dari situ aku perati balik diri aku dengan usha preview entry blog sendiri. mengucap banyak kali jugak sebenarnya. terkejut. serious budak-budak sangat time tu lalalalalala




bila peluang untuk berubah tu sampai, kau tunggu apa? seru dah datang kot. berubah pelan-pelan. biar lambat asal selamat haa gittew. macam kita terbang **bayangkan kita ada sayap. dari baby meningkat remaja -- meningkat dewasa. dari baby mesti kita belajar. pelan-pelan belajar untuk terbang. habis apa? dari baby lagi kau nak terbang tinggi nak terbang jauh? kalau jatuh agak-agak tak retak ke? tak sakit? entah-entah hidup lagi ke tidak. sama macam kita. kau faham tak apa aku maksudkan? lantaklah hahaha



aku ambik masa dekat setahun lebih untuk berblogging balik. nampak ketara sangat cara penulisan aku. cara pemikiran aku. memang masih dalam proses lagi. tapi beranikan diri sebab nak compare dulu dan sekarang. adam penting bagi hawa. hawa penting bagi adam. sama juga. dulu penting untuk sekarang. Eh



memang kita dah didepan. tapi nak pandang depan terus kau takkan nampak. kekadang kau kena toleh belakang jugak. tapi dengan tolehan yang sikit tau. sikit okay tak banyak.. dalam 140 darjah? sebab masa lampau tu penguat kau untuk sekarang dan future kau. alah boleh punya!



nak berubah tu senang, senang sangat! serious senang. nak istiqomah tu susah. mulalah shaiton shaiton kawan kita masa dolu-dolu tu tak bagi kita tinggalkan dia kan. kalau nak berubah kena ada niat. kita berubah untuk apa sebenarnya? 




em sama macam tudung. kononnya berhijab sebab nak tutup aurat. padahal kejap lagi buka jugak. panas katanya. ye kan aku dah cakap. susah. tapi kena usaha sikit. no. bukan sikit. tapi lebih kuat. tambah-tambah sekarang ni zaman fesyen. Allahu. cuba cakap siapa tak suka fesyen? bukan yang tak tutup aurat je boleh berfesyen. yang auratnya tutup pun dah ada fesyennya sekarang. Alhamdulillah. cara ni sebenarnya banyak tarik kita semua untuk lebih tutup aurat. tapi sayangnya, ada pesongnya juga. maka hati-hatilah kamu. 




ada jugak dalam kalangan kita nak berhijab sebab fesyen. Allahu. Niat tu kemana dik. takpalah. pelan-pelan. moga dengan cara ni Allah bantu. kan? kita taktahu. macam aku cakap tadi, nak berubah kena kuat kena lawan pedulikkan apa orang cakap sebab pahitnya mujahadah tu kerana manisnya syurga. tapi ramai ke mampu. diri sendiri pun masih merangkak dah ajak orang. macam mana lah orang nak ikut haih dena...



emmm kita kan kita, mungkin ada kawan yang tahpape dolu-dolu. yang sekepala dengan kita. malah lebih teruk dari kita, mungkin? biasalah zaman remaja kan zaman berani mencuba. tapi kalau pandai pilih kawan yang latar belakang dia elok, Alhamdulillah. mungkin kita selamat. Tapi, kalau sebaliknya kan mungkin Allah nak uji kita. Ingat tau, kita tak lari dari diuji. sama macam di sekolah. setahun empat kali ada exam. EMPAT tau EMPAT! belum campur yang pra lah apa lagi. tambah kita ni manusia halus mulus je, memang takkan lari. 



walaupun kita selalu terima nikmat. tu semua ujian. Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur. kita riak ke kita bantu haa gittew. susah sama senang haa macam tu lah ok? ok sambung part kawan tadi. harini mungkin kita putus kawan dengan dia sebab perangai dia teruk. putus tau putus terus. kononnya kita baik sangat. ok putus




5 tahun akan datang, dia totally changed! kau ghase? lagi bagus dari kita. sanggup terima kita balik ni yang dulu kita bukan main minta putus kawan ni haaaaa. ok mungkin dengan cara tu Allah bagi petunjuk dekat dia. tapi kita jangan lah sombong dengan kehebatan yang kita ada. tak salah kita share kan. kan memasing ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. dengan gabungan kita semua, in sha Allah akan sempurna bila memasing saling menolong ah well said hidupkan macam roda. kejap kita kat atas kejap kita kat bawah. yang penting jangan sombong hikhik




musim pun berubah, inikan pula hati manusia-- yang sentiasa bergetar berdenyut wukwuk hahaha  jangan pelik kalau ada yang dulu tahpape berubah ke arah kebaikan. dan jangan jangan ter-ter-kejut kalau ada yang awalnya bagus-sangat tetiba berubah jadi tahpape. lagi-lagi yang tengah hangat bercinta. remember, people change! 

Assalamualaikum. adios!


notakaki : sorry macam tak membina. maaf ok! aku pun belajar baiki diri. Kalau salah, betulkan. Entahla ni nasihat ke apa hahaahaha tapi ni permulaan untuk tahun ni. saja nak compare. untuk diri sendiri jugak. maaf kalau ada yang tak betul ke apa. masih belajar. Allahualam. Masih sempat kot nak cakap selamat bersekolah kat adik-adik? hikhik 


Dena 

2 comments:

  1. Tudiaaaa aihh~ sekali update panjang berjelaaaa. hehe btw normal lah tuh kalau terpaksa delete entry yang lama lama. HAHA :D Sy pun ada gak dulu satu blog, ingat nak tulis diari sendri2 je last last delete sebab rasa tak matang sangat. haha. Ape ape pun, welcome back dear. :)

    ReplyDelete

  • Hello peeps welcome to my *unprivate diary* HAHA so enjoy yrself here ok? Selamat menggodek cerita bosan & Have fun hiks