Masta Daisyland

Assalamualaikum, hai perkenalkan



ok ignore pls.

Saya dena. Saya sebenarnya banyak nama. Tak kisah lah yang rapat atau yang kenal saya, diorang jenis suka ubah nama orang. Macam saya, kalau orang panggil : nana // diyan // dena // diyana // yana // siti // korix // tu dah biasa. TANTE-OD pun orang panggil. Macam teletubbies kan? Saya taktahu kenapa. Biarlah. Asalkan diorang happy saya okay hakalahhhhhh poyo. Mungkin salah satu faktornya saya ni nomad orangnya. nomad, berpindah-randah? kan? entah la saya dah lupa sejarah form 1 hahahaha jadi, itu bab nama. 

[poyonya saya saya pulak. tapi takpelah uhuhuhuuhu]


OK.. umur? pada tanggal 31 OKTOBER 199_ [*pilih no fav korang dan isi] Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ayahanda kerana telah menerima cahaya mata pertama di Hospital Jitra tepat pukul --:-- taktahu lah huhuhu. Alhamdulillah, bayi yang dilahirkan seberat 2 point something dilahirkan dengan normal dan keluar-keluar tu semorang terkejut haaaaaaaaaaaaaaaaa sebab apa? sebab keluar-keluar tu semorang dah tahu bayi ni pembawa rezeki pada parents dia hakalah huhuhu biarlah. Aku keluar-keluar senyum tau, korang tu kerja nangis je er sampai besar pun nangis sebab patah hati pakwe curang. weh kamon lah. curang lah balik, dah besarkan tu pun aku nak kena ajar keee?

[eh tetiba aku, okay jap jadi sopan balik]


Nak tahu apa lagi? saya taktahu ah nak cerita apa. oh pasal makanan peberet tu kan... em memandangkan blog saya dulu url-nya hantubarli.bs.com kan, telah menguatkan lagi kenyataan bahawasanya saya ni seorang penggemar barli yang sangat urghh---- hahahaha serius saya kuat minum air barli sejuk ya Allah, nikmatnyaaaaaaaaaa. kalau pergi kedai mana mana, first, saya akan pesan air barli. dan barli lebih. tapi ada sesetengah kedai tak jual barli. bila saya kecewa, automatik ok automatik saya pesan ais kosong je. tu peberet no 2. ais kosong yang airnya putih dan letak ais ketul((saya panggil ketul, korang mungkin panggil ais batu ah lantak la)). ok bila barli takda, ais kosong kembali meredakan kekecewaan saya. nasib baik ais kosong ado kek mano-mano. kalau tidak, takda makna rasanya hidup kat dunia ni lahai poyonya


makanan? entahla. semua makan kot. Naknak pulak kalau ratu hati dengan pengarang jantung masak, masya-Allah, memang tokleh tolak. Kasih sayang penuh dalam makanan tu sampai tambah berkali-kali. Hebatnya air tangan mama abah uish nanti kalau masuk universiti mesti rindu hm. Haaa lagi satu bila angah masak. bila mama abah takde, dia ah chef kitaorg. serius la, setakat nak buka gerai pacak tepi jalan tu apadahal kan angah kan ahhahhshaha. Okay la not bad. Malas puji kat sini, kang kena perli. Dah la kuat godek blog orang. Kalau selisih dengan dia, kemain perli dahla malas cakap pasal dia. ohya perlu korang tahu, saya paling taksuka durian tau d-u-r-i-a-n. pls kalau nak makan, jangan depan saya. Tu je, mohon kerjasama


Masa pakai babybee((blackberry)) dulu, saya kerap selfie. sumpah, saya suka selfie. suka sangat. jakun cemana tah. sebab dulu flawless kot. kah. tiap masa saya pegang phone, tiap masa lah gambar terbaru akan di-save. tak kisah pun orang sekeliling pandang hahaha nampak tak kemain teruknya --  tapi sejak ada smartphone yang siap ada front camera 10Megapixel pun kan, saya dah malas. dah tak hingin. okay lah, sebabnya jerawat dah takboleh bekerjasama untuk terus bertapak kat muka urgh. even ada 360, vscocam apa mende semua tu yang boleh cover jerawat atau flawless dalam masa zapssss *snap terus flawless* serius bosan la jadi fake uhuks. lagipun mama tak bagi tayang muka kat media wuuu divanya ok mari istighfar


Suka gila benda simple tapi cute. dulu... ok ni cerita dulu tau. Suka tengok orang pakai pashmina, shawl belit belit. saya beli tau saya beli pashmina sampai beberapa helai hahaha. lepas tu saya try. lepas tu masa keluar gi jejalan pun saya pakai siap selfie lagi. saya taktahu yang waktu saya pakai mende alah tu -- buruk sangat. buruk sangat ok. saya pikir orang lain pakai, lawa. saya pun akan lawa. tapi saya silap. benda ni saya dapat tahu sebab saya ter- ok ter-buka satu file kat babybee. MasyaAllah, terus saya delete satu file tu. Malu. Tapi tak pernah orang tegur tau. benci!


lagi nak tahu pasal apa? ok saya sebenarnya dilahirkan kat kedah. kenapa muka awak tak macam orang kedah? dahtu takkan lah nak letak sawah padi kat dahi ni haa maghah maghah maghah!!! macam saya btau kat atas tadi huhuhu siapa orang kedah kat sini? yay. dari tanggal 31 Oktober tarikh saya buka mata sampai umur saya cecah tiga-belas tahun, saya membesar di tanah kedah k. saya pernah tinggal kat sg petani, sik, yan*kot*, dan changlun. em loghat saya pun memang pekat kedah. jadi, jangan pelik bila tengok atau bercakap dengan saya tetiba loghat kedah keluar keee... ok kenapa sampai tiga-belas tahun kat kedah? hah, sekarang saya tinggal kat taiping. taiping bandar warisan gittew. ye sebenarnya tak jauh sangat pun perak dengan kedah. langkah satu negeri je, penang. ceh haha. dan cara cakap orang taiping ni tak jauh sangat pun lari. still ada loghat utara. biasalah, taiping meniru kakakaka. lain lah kalau belah kuala kangsar ke chemor ke tapah ke. situ dah start ber-teman, demo, loghat dia dah lari sikek. 


saya sebenarnya ex-student convent yang mengambil subjek sains masa f4 & f5. jangan soal ah kenapa tak macam budak sains. parah la setiap kali berjumpa korang saya nak cipta ayat periodic table macam " [I] [Lv] [Be] [Er] " haa terpinga-pinga kan. Tu maksud dia I love you, elemen I= iodine, Lv=Livermorium, Be=Bellyrium, Er=Erbium tu pun taktahu ke? eleh dahtu ada hati nak cakap apasal tak nampak mcm budak sains. tau pun. pastu takkan bila pertama kali kenal korang saya nak cakap ya tuhan kromosom awak ni dah bergabung dengan sempurna, awak terlalu cantik saya insikiyor haaa macam tu? atau eh awak ni sejenis garam nitrit ke sebab awak dah larut dalam hati saya lah! camtu ke haa saya tanya ni!! kang tak pasal kena lempang, tetiba je. kah. lepastu kalau jumpa pakwe kena cakap "awak ni red blood cell eh... aa apasal awak bawak saya menuju ke jantung awak ni?" dannnnnn takkanlah setiap kali berdepan dengan awak saya nak bercerita pasal berapa km/h hati saya berdegup bila bertentang mata dengan awak? pastu nak rungkaikan betapa rumitnya masalah kita sesukar dy/dx sama dengan berapa? macam ni baru awak akan cakap ooooooo dena ni budak sains ni, korang jejaga. kamonlah jangan jadi loser. kah. macam power sikit bagi pickup lines kat korang huhu. padahal bila dalam kelas ya tuhan, mata bukak tapi tengah tido uhuuuu teruknya perangai nauzubillah. saya redha dengan results nanti wuuu. ok saya juga pernah menuntut di skls dan tiga buah smk - smk hosba, smk jitra, smkdb sebelum ke convent. macam tak payah btau pun takpe kan, bukan orang nak tahu pun booooooo k


em okay cukup la tu. penat menaip bukan ada orang baca pun lahai. kalau ada abam sem cuba bercakap pasal sains kan, cakap dena kirim salam ok. alaa, takperlu abam power sains pun takpe. kalau jumpa adi putra dah boleh cakap "Adiiiiii putraaaa, Dena Lv Be Er!!!! fuh dia pakwe no 1 kot. tapi saya selalu curang dengan dia. tapi dia tak pernah marah. itu yang saya pelik tu 



Jumpa lagi. Adios image


Much lve,
Dena

No comments:

Post a Comment

  • Hello peeps welcome to my *unprivate diary* HAHA so enjoy yrself here ok? Selamat menggodek cerita bosan & Have fun hiks