Wednesday, 4 February 2015

Liebster Award


hai semua. dena kembali lagi. maaf kepada sesiapa yang sering *kononnya ada, takpe lah sedapkan hati ekeke* jenguk blog ni. Sebab blog ni tengah upgrade tapi saya taktahu nak hias apa how sad kan? entry pun tak ter-update emm maaf maaf. rancaknya seorang bernama dena berniat lepas je habis spm terus nak berblogging balik nak rapatkan ukhuwah tapi hahahaha takpelah kita cuba pelan pelan. hah saya update entry harini bersebab. kalau tak entah lah bila nak ter-update, kan? 


okay saya di-tag oleh kakak flawless ni. thanks tau sebab sudi tag hihi 

baiklah mari kita jawab soalan kakak ni. soalan pertama berbunyi *cewah mc kan*


1. Apa maksud nama awak

baiklah. menurut buku nama-nama anak dalam Islam tu, maksud nama saya ialah cahaya keagamaan. Makna baik kan? pandai parents saya cari. Doakan saya dalam menjalani kehidupan as a muslimah. jangan risau. saya juga sentiasa doakan kalian in shaa Allah


 2. Hati awak ni mudah tersentap/nangis ke tidak. Selalu nya tentang apa

ehem. saya jarang nak menyentap ni. kalau orang gurau kasar pun em saya mampu terima lagi. Tapi saya selalu sentap bila ada ceramah apa apa tak kisah la di mana yang menekankan tentang pengorbanan ibu atau ayah atau keadaan family atau keganasan yang berlaku untuk menghancurkan Islam. dari saya darjah 4 lagi, saya dah sertai program di luar daerah bawah anjuran negeri untuk wakil skolah. well masa tu mentah lagi, pisah dengan family sampai tiga pat hari kan. dahtu, pergi sorang sorang laktu. pergi kat tempat anjuran tulah baru sibuk sibuk nak cari kawan pun. saya paling benci bab ni tau. saya lemah nak cari kawan kakakaka apalah dena ni melalut kkkkkk jap, lepas tu tiap malam saya slalu nangis kecuali malam terakhir sebab gembira esok nak balik dah boleh jumpa mama abah semua yay lulz tetiba ok maaf 


3. Cara cara awak pujuk diri awak kalau tengah moody.

..... *panjang sangat saya tulis dan saya decided untuk delete* saya diam diam diam diam diam sampai hati reda sendiri hah macamtu lah. kalau still tak tenang saya gi ambil wudhuk. em 


4. Handphone impian awak kalau awak ada duit nak beli,

hahahahahhahaha saya rasa seluruh dunia mengidam iphone kot. walaupun tiap tiap tahun, ada je series terbaru keluar. dan orang takkan berhenti untuk dapatkan iphone tah apa apa tu kakaka. em menjawab tak pertanyaan tu?


 
5. Awak ni jenis yang macam mana. Senang di bawa berbincang ataupun tidak?

yessa. saya jenis tak kisah. makan tak kisah. sebab tu kalau gi mana mana dengan sesiapa pun orang tak risau. sebab saya jenis tak kisah. ikut je selagi tak langgar batas ubi. agama. menjawab soalan tak? aaa maaf


6. Apa perkara utama awak akan buat kalau awak dapat apa yang awak nak sangat dalam hidup awak

In shaa Allah, saya slalu cakap kat diri sendiri dan ada niat dalam hati em saya akan buat puasa sunat in shaa Allah


7. Awak lebih prefer lepak kat rumah atau hangout?

Dulu memandangkan saya seorang penghuni asrama *masa form one je*, dan masa saya masih dibangku persekolahan*bm sangatkan* saya selalu cakap saya nak duduk rumah sampai taknak keluar. sanggup buat apa je dalam rumah tu. tapi sekarang bila dah menganggur macam ni saya rasa nak keluar sebab setiap hari setiap saat saya patah-balik patah-balik saya nampak hall, nampak bilik tidur nampak dapur nampak benda yang sama aaaaaa tolong 


8. Apa apa pandangan tentang blog saya. 

ok jujurnya pertama kali saya singgah blog awak, saya jatuh hati. kakakakaka jatuh hati dengan kekemasan dia. saya jeles. sebab tu saya tengah baik-pulih blog saya ni. dan saya tak sangka lagi buruk rupanya wajah baru blog saya hahahaahha sedihkan. blog awak sedap mata memandang sesedap makan tomyam semalam nyum  sebab tu lambat post entry ni hehe



ps : maaf akak. saya rasa macam jawapan saya panjang sangat dan tak memuaskan. maaf ye. ni benci ni emm maaf :(




Okay sekarang giliran saya pulak nak tanya so get ready korang


 Matlamat hidup awak apa? share sikit 
 Awak anak ke berapa dan peranan awak macam mana dalam family tu
 Pernah bercinta? *kakakakkka soalan tah pape*
 Kalau awak jumpa anak kucing tengah nangis, awak buat apa dengan dia? 
 Minat game macam mana, contohnya hoki ke dan sebab minat 
 Pandangan awak terhadap blog saya *uhuuu nangeh*
 Nasihat/kutukan membina untuk saya?
 Best tak kena tag dengan saya? 
 Ada minat gila-gila dekat mana mana artis? siapa? fuh haha


image

Syarat-syarat Liebster Award

mention the person who nominated with link
answer the question
nominate other blogger
create the questions
notify your nominate

 
Anda ditag! yay. walaupun tak kenal tapi takpelah kan. salam perkenalan. jawab dengan gembira ye. tapi kalau korang takleh terima pasal tag-tag macam ni its okay, im sorry.  terima kasih & jumpa lagi. follow dan klik nuffnang saya kalau rajin tau hihi.  


http://bila-cik-aza-berbicara.blogspot.com/
http://thenamyblog.blogspot.com/
http://nurul-rasya.blogspot.jp/
http://hibaeri.blogspot.com/
http://fairuzaqilah-official.blogspot.com/
http://farahanaramlan.blogspot.com/
http://biggirlcannotcry.blogspot.com/
http://budaksembilanpuluhlima.blogspot.com/



untuk korang yang kena tag, bila dah jawab soalan-soalan yang saya bagi tu, boleh lah tinggalkan link dekat kotak komen. Terima kasih. Adios 
 

13 comments:

  1. ehehe sorry awakkkkk

    saya termiss mesej kat cbox. pegi jawab yang orang lain pulak huhuk...

    nanti i'l try hehe

    ReplyDelete
  2. I loveeeee this kinda thing! Thanks for tagging me, salam perkenalan disambut mesraa gitchuu... Hehe.. InsyaAllah, I'll do it later n let you know right here again afterwards. Thanks againnn!!! :-*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sound good. Alhamdulillah. welcome. and thanks :)

      Delete
  3. Assalamualaikum dear :)

    Thank you jawab soalan2 akak. Hee ^^ InsyaAllah moga semua yang awk harapkan tercapai. Aminn.

    p/s : jangan kluar rumah selalu, sekarang banyak kess. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam akak. sama-sama :) amin. tak keluar dah duit pokai hhaaha

      Delete
  4. hi...saya sudah jawab ..

    http://thenamyblog.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html

    ReplyDelete
  5. hai awak,thanks tag!saya dah jawab
    http://bila-cik-aza-berbicara.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyo :) thanks dear. saya dah terjah.

      Delete
  6. dah jawab http://bila-cik-aza-berbicara.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html

    ReplyDelete
  7. follow sini #483.Hit me back maybe?

    ReplyDelete

  • Hello peeps welcome to my *unprivate diary* HAHA so enjoy yrself here ok? Selamat menggodek cerita bosan & Have fun hiks