
Monday, 23 February 2015
Segmen Bloglist April - September By Miss Sakura

Monday, 16 February 2015
Bukan Tak Sempurna Tapi Istimewa

masa aku kat asrama jugak, miah pernah banyak kali jadi imam. kak kila,
ketua aspuri minta dia jadi imam. ayat dia baca, sedap sangat. sampai tak fokus
solat aku dengar ayat dia. lepas habis solat maghrib, baca itu ini, ramai yang
minta miah nyanyi lagu nasyid. miah nyanyi. sedap sangat. kalau minta dia baca
surah apa-apa dia baca lah. semorang terpegun dan terkesan dengan miah. even
dia tak nampak, tapi dia hebat. dia istimewa. Allah pilih dia. kalau waktu
malam, aku jarang dengan miah. sebab ramai kan. so aku memang alone. turun prep
duduk sebelah kakak mana tah. dia pun macam tak hingin aku duduk sebelah dia.
dalam hati, aku cakap "kak, hang sabar jelah kak, tak lama dah aku nak
duduk sini. nanti hang takyah pandang aku macamtu dah"
ada satu hari time aku masih duk asrama lagi, miah ada bawak balik braille dia sebab ada kerja dia belum siap. aku teruja siot dia tulis laju nak mampus hahahaha. lepas tu aku cakap aku nak try dan dia bagi je. tapi aku memang taktahu pape pasal natang tu.
"miah ni macam mana ni miahhhhhhhhh? ajaq sat"
dia dah bagitau key ini apa key hujung tu apa tapi aku still lembab tak dapat tangkap. at last
"miahhhhh. tulis nama kami sat boleh dak? nah macam ni eja dia. miah taip kami habaq tau. go miahhh go!!"
"lekaih la tadi suruh sangat"
miah marah hahahahah sebab aku kacau dia buat kerja
"ok ok d-i-y-a-n-a"
"nah ambik. simpan buat kenangan tau"
______________________________________________________________
dan sampai sekarang aku masih ingat cemana rupa dia. cara dia cakap. telatah dia. aku rasa aku baru je dok sebut nama dia baru-baru ni. rindu. tapi taktahu cemana nak contact. sebab aku kira dia dah habis skolah. macam aku. mesti skang dia duduk rumah.
tadi, macam biasa, lepas habis siram pokok bunga abah, aku akan masuk rumah buka tv tengok Malaysia Hari Ini (mhi) sambil kemas rumah gittew. masa aku buka tu mhi dah start. masa aku tengok, part bebudak laki yang cacat penglihatan tapi power gila main bola sepak. menarik cerita harini -- bisik hati cewah novel sangat.
lepas tu, aku dengar saiful ke perempuan tu tah cakap, "harini kita ada tetamu khas. dijemput siti salmiah"
what?
Siti Salmiah?
Salmiah?
Miahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!
aku tenang je dulu kot kot salah orang.
skali dia nyanyi lagu siti nurhaliza. sah, ni miah yang aku kenal lima tahun lepas. suara dia tak berubah. rindu sangat. aku happy gila dapat tengok dia. muka mak ayah dia tu, aku kenal.
tak sangka tau. Allah nak temukan aku dengan dia harini. even bukan depan-depan, at least aku nampak dia. dengar suara dia. dengar dia baca al-mulk tadi. subhanallah. rindu sangat.
aku rindu nak dengar dia nyanyi lagu em aku tak sure apa tajuk dia tapi lirik dia macam ni
Buta mata tak nampak jalan didunia kerana tidak namapak cahaya
tidak tahu ke mana hendak dituju ke hilir atau ke hulu
Boleh jadi orang simpati yang membawa
tapi buta hati menderita
*****lagu ni first time miah nyanyi dan aku sangat terkesan dengan lagu ni. sampai sekarang aku ingat bait tu je. yang tu je aku ingat hahaha maaf lirik aku tak sure betul ke tak. aku main bantai taip je kakakakakka
Entah, aku rasa happy dapat tengok dia. Bila boleh jumpa pun aku taktahu. Aku harap miah tak lupa aku. em harap dia masih ingat aku. Tapi kalau dia lupa pun aku tak kecik hati sebab perjalanan dia kat dunia ni, dia dah jumpa ramai sangat orang yang kagum dengan dia. termasuk aku. jadi, aku tak kisah. cuma aku bangga sangat dengan apa yang dia dah buat selama dia hidup.
Miah. dia bukan tak sempurna tapi dia istimewa sebenarnya. Bukan setakat bisa nyanyi tapi dia punya kuasa dari Allah untuk habis dihafalnya 30 juzuk al-quran. Bayangkan kita yang ada kuasa melihat yang Allah pinjamkan untuk kita, tapi kita gunakan untuk apa? kita dapat buat apa dengan kuasa mata yang power sangat ni? surah pendek pun belum tentu lancar kita sebut. Allahu. moga muhasabah diri ya dena
Allah dah pilih kau dena untuk kenal hati budi orang yang taknampak dunia. jangan tanya aku cemana aku rasa. sebab perasaan tu tak dapat digambarkan. rasa dia lebih dari tenang.
pagi tadi, aku ada post kat instagram. ada yang tanya aku tulis tu kisah benar atau apa. Allahu. jujur aku kata, ni cerita betul. Mungkin tanggapan semua, aku cuma nak tumpang popular bila miah masuk tv. kononnya baru nak ngaku kawan. Takpelah, mulut orang, tanggapan orang kita takleh halang. yang mana percaya-- teruskan. yang mana tak percaya-- aku tak terasa pun. ya mungkin betul, sebab miah masuk tv baru aku terhegeh-hegeh upload itu ini post itu ini. macam aku cerita, aku rindu miah. aku tak sangka tetiba dia muncul.
mungkin ni cara Allah nak tunjuk dia dekat aku. Maaf ya semua. Aku memang banyak buat salah dengan miah. Last aku jumpa pun masa rehat tu jelah. Lepas cuti tengah tahun, aku terima surat skolah kluster tu. Aku pergi. Habis je tahun tu, terus aku pindah taiping. Memang totally lost contact dengan miah. Nama d-i-y-a-n-a yang miah taip pakai braille pun hilang masa aku kemas-kemas barang nak pindah. kan aku cakap, lepas aku tengok ajl time caliph buskers nyanyi tu tetiba terdetik nama miah dalam kepala aku. dan tak sangka tadi miah muncul kat tv.
Aku nak titipkan pesanan sikit. Walaupun derang ni buta jangan anggap derang tak nampak tau. Deria rasa derang kuat sangat. hati derang ni terang. derang memang tak sempurna. sama macam kita. tapi kita still cukup sifat dan boleh buat apa je yang kita suka. macam derang, banyak yang terbatas. tapi derang tak pernah merungut. Malah tiap hembusan nafas derang bersyukur dengan apa yang derang ada. macam miah, once bila dia dah pegang tangan kau, dia akan ingat siapa kau. tapi aku tak sure sekarang miah ingat aku lagi ke tak. satu sebab dah lama aku tak jumpa miah, dah lama dia tak pegang tangan aku. dua, dia mesti pegang ramai tangan orang selama 5 tahun ni. Tak kisah lah, tapi aku syukur dapat kenal miah. Bersyukur sangat
Aku tak ambik kesempatan, tapi aku cuma teruja nampak dia. Rasa bangga dengan dia. Tu je. Terima kasih sudi baca post kali ni. Tak minta simpati apa-apa langsung dari korang semua. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang elok dari khilafnya aku sendiri. Maaf. Jumpa lagi. Adios
Ikhlas,
Dena
Wednesday, 11 February 2015
Birthday Giveaway by Farahana Ramlan

Okay sebenarnya tak tahu nak mula ayat cemana. ok ok macam ni. Assalamualaikum Farahana. Birthday kau lagi tiga hari tau tiga hari!!! tolak harini dah tinggal dua. dah tak lama dah. dan masa kau baca wish entry ni maybe masa birthday kau. kan? wow best tak dapat banyak ucapan? so, HAPPY BIRTHDAY!!! yay kau dah tua dah tua yay. aku cakap macam tu sebab umur kita sama tapi memandangkan birthday aku bulan sepuluh wahahahaha lambatkan so aku rasa aku masih muda. nak panggil kau akak boleh tak hahahaha ok its a joke and im joking kakakaka. but no worries, lambat ke cepat masa tetap berjalan kan? In shaa Allah, sampai lah masa aku nanti hihi. Jadi aku kat sini firstly nak ucap thanks sangat jemput aku join GA ni. tapi aku tertanya-tanya jugak. bukan sepatutnya kitaorang ke yang bagi hadiah kat birthday girl? tapi lain pulak sebaliknya hahahaha takpelah. sempena birthday kau, aku doakan kau panjang umur. harap suatu hari boleh jumpa tak kisah lah kat mana mana sekalipun. kalau bukan disini, disana kan ada. ya, ada. sebab kau ni baik sangat buat GA, aku doakan rezeki kau tak putus. results dah nak keluar. ok takyah cakap gerun sbb aku kat sini pun rasa benda yang sama. cuma nak wish kau berjaya dalam apa-apa pun bukan setakat disini ok. moga results gempak. nanti dapat results, share dengan aku eh. ok cukup pasal results. aku doakan lagi segala urusan kau dipermudahkan oleh Allah. moga iman makin kuat makin kukuh makin mantap. moga dijauhkan dari segala keburukan. moga disayangi orang sekeliling. moga dikurniakan kawan yang always support kau susah senang. stay flawless stay pretty. maaf ler ter-wish panjang pulak. tak sengaja. maaf ok. disebabkan aku tak kenal kau hahahaha nampak tak, so aku taktahu nak describe cemana. oh btw, salam perkenalan salam ukhuwah :) ah btw *btw lagi* kau dah ambik lesen kereta ke belum? kalau belum, cepat ambik manatau nanti jumpa ke kan, boleh lah kau bawak aku round tempat kau. ok tetiba sangat ya Allah. teringin nak berkawan dengan aku tak? hehehehe kau jawab sendiri takyah cakap dekat aku tau. haa aku dah takde benda nak wish tu tetiba keluar soalan cepumas ahaks so apa-apa pun kau jaga diri bebaik tau. dah lapan-belas do kau hahaha percaya tak? once again, happy becomingbirthday pretty. have a blast. enjoy your day *wink*
Tuesday, 10 February 2015
1st GiveAway WanitaBesiBerbicara

Assalamualaikum akak. Sempena hari lahir akak yang ke-24 ni, dena nak ucapkan happy advance birthday memandangkan terlalu awal wishnya. Moga akak dalam lindungan Allah serta dipanjangkan umur. Keep pretty ok. even dena tak kenal akak secara em secara betul-betul kenal lah kan, tapi dena tahu akak ni mesti baik, sopan, penuh keayuaan ha gittew. moga tahun ni kehidupan akak penuh dengan kegembiraan. Tapi akak jangan risau, kalau kesedihan melanda, tu maknanya Allah nak uji akak. I wish akak tabah serta kental untuk hadap ujian tu. Masa tu akak jangan pikir betapa susah nak handle ujian tu tapi akak ingat hikmah yang menanti akak. ok? Moga akak dikurniakan kawan yang always support akak tak kira senang atau susah. Moga apa yang akak ingin sampaikan samada secara lisan atau apa apa je kat sapa sapa je, dimudahkan oleh Allah. Akak, umur dah hampir 24 hiks so calonnya dah ada ke belum? eh jap, akak sebenarnya dah kahwin ke belum? dena tak kenal akak sangat dan taktahu apa-apa sebab tu dena adakan segmen sesi perkenalan tapi tak sempat nak kenal-kenal lagi kan? its okay. ok sambung pasal kahwin hahahahaha ya Allah dena ni tak habis habis kan? ok ok kalau akak belum kahwin, dena doakan akak jumpa calon yang sesuai dengan akak. moga dia boleh pimpin akak dan segala macam lagi lah. so kalau nak kahwin nanti jangan lupa orang pertama yang akak kena jemput, DENA tauuuuu hahaha. Moga disayangi orang sekeliling. sempena birthday ni jugak, dena doakan akak dapat capai cita-cita serta azam tahun ni. moga tiba tiba masa birthday dapat iphone 6 ke wahhh mesti best kan. in shaa Allah. ok dena dah taktahu nak wish apa, em enjoy your birthday nanti ok. so once again, HAPPY ADVANCE BIRTHDAY yaayyy
Monday, 9 February 2015
Segmen Tambah Follower & Sesi Perkenalan

- follow blog saya dan nyatakan awak orang ke berapa. eg: *98
- Tolong tekan iklan nuffnang sebab saya baru sign in je. sadis
- kalau dah buat entry mohon copy url entry awak letak kat ruang komen saya sebab saya nak masukkan nama peserta hehe
- make sure blog awak ada follower widget bagi memudahkan orang follow awak
- bukan button follow yang ala-ala tumblr *nasihat
- ajak orang join ramai-ramai so that followers awak akan bertambah dgn cepat
- follow instagram saya @dynals_ *tak. act saja masuk line haha
- tamat pada hujung bulan feb
- boleh tinggalkan link korang dekat komen peserta yang join sama
Simple kan? Saya tak minta awak buat entry panjang macam saya hahaha just letak banner dan backlink url saya je supaya orang lain boleh baca syarat-syarat penyertaan tu. hah syarat-syarat penyertaan pun takyah letak sbb kan macam saya cakap tadi, buat simple je. dan ajak ler sesapa join. so no worries okay? moga memberi manfaat kepada awak semua.
btw, nak dapatkan banner tu korang klik je url banner . jangan risau dia akan automatik new tab dan terus ler save atau copy urlnya saja. goodluck. selamat mencari kawan baru dan menambah follower dengan rakusnya kihkih
btw, nak dapatkan banner tu korang klik je url banner . jangan risau dia akan automatik new tab dan terus ler save atau copy urlnya saja. goodluck. selamat mencari kawan baru dan menambah follower dengan rakusnya kihkih
Alhamdulillah selesai entry harini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang elok pun datang dari-Nya juga kerana saya tak punya apa-apa. Terima kasih. Adios
Senarai url PESERTA
With love,
Dena
Wednesday, 4 February 2015
Liebster Award

okay saya di-tag oleh kakak flawless ni. thanks tau sebab sudi tag hihi
baiklah mari kita jawab soalan kakak ni. soalan pertama berbunyi *cewah mc kan*
1. Apa maksud nama awak
baiklah. menurut buku nama-nama anak dalam Islam tu, maksud nama saya ialah cahaya keagamaan. Makna baik kan? pandai parents saya cari. Doakan saya dalam menjalani kehidupan as a muslimah. jangan risau. saya juga sentiasa doakan kalian in shaa Allah
2. Hati awak ni mudah tersentap/nangis ke tidak. Selalu nya tentang apa
Matlamat hidup awak apa? share sikit
Awak anak ke berapa dan peranan awak macam mana dalam family tu
Pernah bercinta? *kakakakkka soalan tah pape*
Kalau awak jumpa anak kucing tengah nangis, awak buat apa dengan dia?
Minat game macam mana, contohnya hoki ke dan sebab minat
Pandangan awak terhadap blog saya *uhuuu nangeh*
Nasihat/kutukan membina untuk saya?
Best tak kena tag dengan saya?
Ada minat gila-gila dekat mana mana artis? siapa? fuh haha
Thursday, 22 January 2015
BLOG UPDATE

Tuesday, 20 January 2015
PEOPLE CHANGE


![]() |
Cred: Pakwe Google Hengseng |

- Hello peeps welcome to my *unprivate diary* HAHA so enjoy yrself here ok? Selamat menggodek cerita bosan & Have fun hiks