Monday 16 February 2015

Bukan Tak Sempurna Tapi Istimewa




Miah dilahirkan tak cukup bulan. lepas seminggu dilahirkan, ayah dia dapat tau dia mengalami cacat penglihatan. mak ayah mana tak sedih?


Tahun ni, 2015. masa aku tengok ajl bulan lepas, kan tetiba ada caliph buskers kan? Aku tetiba teringat miah. miah pun pandai nyanyi macam tu. suara miah pun sedap. lepas habis ajl, aku sembang sembang jap dengan mama, angah , icha pasal miah. aku cerita semuanya. 


Aku start cerita macam mana aku kenal miah. Sebenarnya mama dah tahu. aku pernah cerita benda ni masa aku form 1. yaa lima tahun lepas. mungkin adik adik aku lupa. derang beria nak dengar kisah miah jadi aku pun mula cerita


Masa form 1, aku ditempatkan dalam kelas rancangan khas. bebudak pandai gittew padahal aku bukan tahap pandai centu. aku tak suka. dah la kena pisah dengan mama abah adik adik semua. sumpah aku tak suka. memandangkan sekolah aku jauh, jadi abah mohon asrama. dan benda paling aku tak suka dengar, AKU LAYAK DUDUK KAT ASRAMA. wth kan? punca lulus dapat asrama sebab aku duduk jauh dan aku budak RK. aku tak suka kot. Tapi abah syukur, takyah ulang alik hantar. dah la jauh. Abah nak aku berdikari. Ok sebab aku malas bantah, aku terima walau hati tak rela.


Lepas masuk asrama tu, aku tak rasa apa. rasa kosong. Tapi best kejap sebab aku dapat dorm sekali dengan syahidah, bestfriend dari skolah rendah. siapa tak happy kan? aku syukur sangat. lepastu, aliyya masuk. so that, junior ada tiga orang. satu dorm 10 orang. dan yang lain semua kakak kakak sesi pagi. 


aku minggu pertama je kot tak nangis. tapi call mama 4 kali sehari. jangan tanya seminggu aku spared syiling banyak mana. dan perlu korang tahu, aku dengan syahidah -- tiap-tiap minggu balik. tak pernah duduk 2 minggu sekali. tiap-tiap minggu ok. kalau tak dapat kelulusan, sanggup jumpa ketua warden sebab nak balik. aku sanggup dan ya memang aku hadap ketua warden sendiri. lantak lah nak jadi apa, yang penting tiap minggu aku boleh balik. dan perlu korang tahu, kedah start skolah hari ahad sampai khamis kan? khamis petang lepas habis je skolah, terus aku balik. aku tak masuk asrama dah. beg-beg semua aku letak kat pondok pengawal masa tengah-hari aku gerak nak gi sekolah. sebab ya. aku memang taknak jejak asrama dah petang khamis tu. *ayat ulang tu dena* ok ok dan aku akan jejak asrama balik pagi ahad, pukul 10 lebih  macamtu. *sebab aku skolah sesi petang masa tu* biasanya, bebudak hostel akan balik petang sabtu. tapi aku, lagi dua jam nak start kelas baru aku balik. jangan cakap aku hebat, sebab aku tahu itu. hahahahaha semua orang takleh cakap apa termasuk warden sebab semorang dah tahu perangai aku cemana thats why takda orang nak kawan dengan aku. 


hek eleh, orang yang taknak kawan dengan aku. sebab tu aku balik rumah tiap minggu. tak kuasa aku nak hadap muka bebudak asrama. semua jenis pilih kawan. tambah-tambah yang ada kakak angkat. makin naik kepala la. nak kawan dengan aku? pandang aku pun dia taknak lah


ok lepas dominggu aku jadi budak asrama, tetiba ada penghuni asrama baru. duduk dorm sebelah. aku salam cium tangan mak dia. nama anak makcik tu Siti Salmiah. lebih manja panggil miah. masa tu bebudak dorm miah ada dua orang je. Kak mira dengan kak apatah aku tak ingat nama dia tapi aku panggil dia akak je. dedua orang depa sesi petang. campur miah, jadi tiga. disebabkan dia jiran dorm aku, aku pergi lah dengan syidah sembang sembang dengan depa.


Miah tak kekok bila bercakap. Miah memang masih kebudak-budakkan. Macam aku. Masa depa tengah rancak berborak, aku terpikir macam mana ah miah dapat uruskan hidup dia kat asrama lepasni? Pastu aku senyum je. takleh nak pikir. aku akan tengok jelah cemana dia nak hadap. Aku mencelah tanya miah kenapa dia duduk asrama. tak rindu dekat mak ayah ke nanti. macam-macam aku soal dia. jawapan dia bagi semua tenang je. dia cakap dia taknak susahkan mak ayah dia. dia nak susahkan kitaorg pulak hahahahaha miah ni pandai gurau. lepastu dia cakap dia nak jadi pandai macam bebudak lain. dia cakap lagi dia nak berdikari memandangkan dia anak tunggal dalam family tu. dia ada cakap nanti kalau parents dia takda macam mana dia nak hadap dunia kalau sekarang dia tak belajar berenggang dengan mak ayah dia?


ok. aku sentap dengan jawapan dia.


masa syidah, aliyya, atika, anis masih kat asrama, aku jarang sembang dengan miah. lagipun asyik aku je dengan miah,mesti miah bosan nanti. aku akan sembang dengan miah bila dia kat bilik air, kat surau. bila aku rindu rumah, aku sembang dengan miah. miah kekuatan aku cewah. ok serius.


3 bulan kemudian, 


lepas aku dapat tau syidah kena pindah skolah kluster, aku dah resah dah. bila dapat call dari aliyya yang dia takkan duk hostel dah, aku resah. aku nangis. aku taknak balik asrama. aku sanggup tak pergi skolah kalau abah taknak hantar. aku tak kisah. kemon la, ko bayangkan dorm yang aku duduk tu 3 orang je sesi petang dengan aku. dah kalau dedua orang keluar tak ke tinggal aku sensorang. aku ni bajet berani je. padahal takut jugak. memang lah ada bebudak lain tapi semua dorm lain lain. atika dengan anis dah blah ke skolah kluster awal lagi. semua kawan yang aku rapat, hilang tau sekelip mata. tinggal aku sorang. 


hidup perlu diteruskan. lepas cuti raya cina kot tak silap aku, abah hantar balik asrama. sebelum keluar rumah, aku kemas rumah sikit-sikit, jemur kain, sapu sampah. masa tengah sapu sampah bilik mama, aku nampak baju kurung mama tergantung kat tingkap. aku peluk baju tu. aku nangis teresak-esak. biarlah. orang bukan ada pun kat rumah. mama dah gerak gi skolah dengan adik-adik awal pagi lagi. abah pun dah gi niaga. tiga jam lepas tu, abah pun hantar aku sampai depan pondok pengawal. masa aku bagi buku rekod asrama warna merah tu kat pakcik gaurd, aku nangis. airmata jatuh aku biarkan. biar abah nampak yang aku tak rela masuk dorm sensorang. pakcik tu pun dah kenal sangat dengan aku. dia ketawa. aku rasa macam nak baling je buku merah tu kat muka dia. orang sedih boleh lak ketawa. abah, dia mula la sesi pujuk memujuk cakap khamis ni balik pulak. abah datang sebelum kakak keluar skolah lah, macam-macam. aku tetap nangis. dah taknak berhenti jugak nangis, abah tanya ada duit ke tak. aku diam. then abah hulur not 50 hengget then abah mintak izin abah nak balik, nak meniaga. aku dulu sejak masuk asrama aku kaya weh. tiap minggu abah hulur 50 hengget, even duit minggu lepas tak sentuh lagi. begitulah rutin dari minggu ke minggu. aku sering cewah sering kau. aku slalu terima not 50. happy do. 


Kereta abah gerak, aku lap air mata, aku gerak lemah masuk asrama. terus call mama. lepastu baru masuk dorm. bayangkan masa aku naik tangga -- sensorang. buka pintu dorm -- sensorang. aku terpikir gak kang aku buka pintu dorm ter-direct terus bawah katil haaaaa jenuh. sebelum masuk aku baca doa banyak minta Allah lindung. banyak kali aku pegang tombol pintu. nak buka ke taknak. at last, aku ketuk dorm miah, kak mira. derang buka. aku ajak teman hahaahahha 


sampai dah nak gerak gi skolah, aku dengan derang je. masa dah siap nak turun gi makan, miah nak pakai kasut, tapi terbalik. aku tolong sarungkan sambil bebel dekat miah. kak mira mata dia act ok sikit. cuma mata dia tak jelas dan nampak kelabu. masa jalan, aku pegang miah tapi dia tak bagi. dia ada tongkat dia kata. ok miah ok. merajuk ah. jalan kepit dgn kak mira ah kejap


lepas tu aku hantar depa dua orang gi kelas pendidikan khas. aku pun kelas khas jugak. cuma beza dia, miah  & kak mira belajar pakai braille aku belajar pakai buku teks tebal nak mampus. tu je beza dia. aku cakap kat depa dua orang selamat belajar. jumpa malam nanti. dan terus aku blah gi koperasi. aku dulu ajk koperasi hiks.


dah berapa minggu dah pun aku rapat dengan miah, aku belajar jadi kuat macam dia. miah, dia bukan tak sempurna tapi dia istimewa. dia tak macam aku. aku pun tak sempurna tapi aku tak istimewa macam dia. apa yang dia dengar, dia suka ikut. contohnya lagu. then dia akan nyanyi even sebutan tu tak betul. aku dulu jahat gila. suka usik dia. aku suka suruh dia nyanyi, kalau sebutan tak betul terus aku ketawa. entah, rasa kelakar. lepastu aku betulkan lah. lepastu nyanyi sama-sama. 


lagi satu aku suka usik miah bila dia dekat bilik air sensorang. dorm aku dengan dia sebelah-sebelah boleh tembus melalui bilik air dan bilik ampaian. aku usik dia time pepagi dalam pukul 9-10 macam tu. sebab time tu miah suka masuk bilik air cuci baju lah jemur baju kat ampaian amende tah. kakak kakak senior pun takda. jadi aku ambik kesempatan buat bunyi hantu lah. gi cuit-cuit bahu dia lah. jahat kan? tapi, dia senyum je sambil gelak kakakaka macamtu pastu aku buat suara garau "Kenapa kamu gelak". Tapi dia power. walaupun dia tak nampak tapi dia punya rasa tu hebat. Dia tak gentar langsung. Spontan miah jerit "Diyanaaaaa!!!!" pastu aku ketwa je tengok telatah dia. Aku tanya dia kenapa datang sensorang bilik air ni. Jawapan dia mudah tau. dia cakap "Kami dah biasalah. lagipun kami takmau susahkan sapa-sapa, kami dah hafal bilik ayaq ni macam mana. kami nampak lah hahahha" 

terus aku berhenti ketawa. dan miah sambung ketawa.


ada lagi satu. masa tu aku lepak bilik miah. sambil buat homework sambil nyanyi lah apa dengan miah. orang lain turun prep aku lepak hahahaha kisah apa. aku malas nak turun prep. aku bukan ada kawan pun. masa buat homework math tak silap aku. aku terpikir nak kenakan miah. terus aku potong miah, jerit panggil dia. masa tu dia tengah nyanyi. dia marah sebab satu, aku potong dia nyanyi. dua, aku jerit panggil dia. yelah dia ada kat sebelah jerit amenda kan? kak mira dengan kakak sorang lagi ketawa jelah masa miah marah. aku tanya dia 

"miah, miah nak main teka-teki dak?"

"haa boleh boleh. teka-teki teka tekuk, ulaq mati dalam mangkuk hahahahha"

"miah ni nanti la dulu. kami tak tanya lagi"

"teka teki teka tekuk makan mi dalam mangkuk hahaha"

dulu, teka teki teka tekuk pastu sambung ayat ni memang femes. miah cukup suka

"miah ni sengap boleh dak? kami takdan teka lagi" 

sengap tu maksud dia diam atau senyap. get it?

"halah. kami sengap. lekaih la teka. satgi kerja skolah tak siap"

"ok miah hampa teka tau. ni berapa?"

tunjuk jari macam peace tu. memang miah nampak pun. nakalnya aku masatu bebudak dorm tu je tahu. sebab bila dengan kakak senior, aku sengap membisu. tanya sepatah aku angguk atau geleng je.

"berapa apa?"

"meluat ah main teka dengan miah. ni dua. kalau macam ni tiga. kalau macam ni lima. tau"

sambil tunjuk jari.

" hampa buat apa? mai sini sat"

aku pergi

"awatt ish?"

"mana yang dua. mana yang tiga. mana yang lima?"

miah pegang tangan aku. aku tunjuk kat dia. lepastu miah dah pandai dah


kan aku cakap. aku dulu, jahat sangat. tapi miah baik. sanggup kawan dengan aku. layan je perangai bebudak aku even dia bebudak gak


ok.


benda lebih kurang je yang berlaku setiap hari. semua dah tahu kan aku duduk dorm sorang je pepagi. memang ah cerah tapi aku pun ada perasaan takut cuak semua tu. dah la dalam dorm aku sorang junior. aku sorang laktu budak sesi petang. bayangkan ah macam mana aku lalui semua tu. masuk dorm sensorang kemas cadar sapu sampah ikut jadual kemas beg. aku sorang. aku ulang lagi. aku sorang tau. kakak yang lain semua sesi pagi. memang asrama riuh dengan orang gelak ketawa. tapi sunyi tu masih rasa. belakang tu dah la kelapa sawit. gerun dia jangan cakap. sampai aku pernah nangis nak balik masatu jugak sebab aku nampak benda. aku taktahu itu ilusi atau betul. yang pasti aku memang nak blah dari situ lepas nampak benda tu. abah, biasalah. dia cakap tu alasan. dia cakap benda tu aku hanya perasan je. mama, dah risau dengan aku. tapi kalau boleh aku nak ambik gambar tunjuk dekat abah mama yang aku nampak. dia macam beruk ke monyet besar lebih kurang pokok kelapa sawit tengah peluk pokok. dah nampak tu terus aku lari dan tak pandang dah tempat tu. memang tak henti aku baca ayat kursi. yaasiin memang tak lepas. terus aku pergi dorm miah. tapi aku diam. dan sampai sekarang bebudak asrama tak tahu apa yang aku rasa. sebab aku tak cerita. yang aku dengar dari derang, banyak yang seakan-aakan perempuan jalan kat balkoni dorm huish seram nak. tapi alhamdulillah aku tak pernah nampak. Kalau takda miah n de geng aku taktahu apa jadi dengan aku kat asrama. nangis tu tiap hari. miah n de geng kekuatan aku. miah n de geng slalu teman aku masuk dorm bila aku takut. takut hantu. memang depa tak nampak hantu. tapi kalau ada pun, miah punya ayat-ayat power. boleh aku lindung belakang dia. rasa menyusahkan miah sangat.  aku banyak kali mohon sorang dua budak duduk kat dorm aku. tapi hampeh. takda function pun. entah kakak yang jaga asrama tu buat ke tak check-list. tak guna



Aku nak cakap terima kasih kat mama abah sebab hantar tinggal kat asrama. sorry sebab habiskan duit sebab bayar kat pakcik van lepas kakak keluar asrama. 4 bulan aku tinggal kat asrama, aku nak cakap terima kasih kat bebudak asrama tak kisah kakak senior atau kawan sebaya sebab tak pandang aku pun. Sebab korang aku sedih. Sebab sedih Allah hadiahkan miah untuk aku hihi. aku banyak belajar dari miah ni. memula miah datang, jujur ah aku tak berapa suka dia. tapi Allah nak tunjuk kan. pelan-pelan aku terima. aku rasa kalau ni terbaik, why not aku go for it. dari takda kawan kan? miah layan aku pun baik je. Mak ayah dia boleh kata sehari dua kali mesti datang jenguk dia. aku jeles gila pastu aku sedih kenapa mama abah tak datang jenguk aku macam parents miah buat. balik dorm aku nangis. miah datang sebab haritu aku tak pergi dorm dia. dia bagi kata-kata semangat pastu buat kelakar. pastu suka tanya, "nak kami bacakan ayat apa-apa dak?" sebab aku pernah pesan, kalau aku tengah nangis, nyanyi kat aku lagu atau baca surah apa-apa. tu dia tanya tu. tak sangka miah ingat.


dan aku rasa. tu minggu last aku kat asrama


aku keluar asrama tanpa sebarang notice. aku tak kisah pasal miah ke apa ke yang penting aku nak keluar. memandangkan kelas aku atas bilik pendidikan khas, seminggu lepas tu masa rehat aku ada gi jenguk miah. aku cium tangan kak mira. aku jumpa depa dua. aku cakap aku dah tak duduk asrama. dan aku tengah tunggu surat dari skolah kluster jitra. lepas tu miah cakap, jenguk la dia slalu. masa sembang dengan dia kejap, dia pegang tangan aku. gosok gosok tangan aku. miah memang suka pegang tangan sesapa je bila dia sembang. sebab melalui tangan tu dia boleh kenal siapa diyana siapa orang tu siapa orang ni. hebat kan?



masa aku kat asrama jugak, miah pernah banyak kali jadi imam. kak kila, ketua aspuri minta dia jadi imam. ayat dia baca, sedap sangat. sampai tak fokus solat aku dengar ayat dia. lepas habis solat maghrib, baca itu ini, ramai yang minta miah nyanyi lagu nasyid. miah nyanyi. sedap sangat. kalau minta dia baca surah apa-apa dia baca lah. semorang terpegun dan terkesan dengan miah. even dia tak nampak, tapi dia hebat. dia istimewa. Allah pilih dia. kalau waktu malam, aku jarang dengan miah. sebab ramai kan. so aku memang alone. turun prep duduk sebelah kakak mana tah. dia pun macam tak hingin aku duduk sebelah dia. dalam hati, aku cakap "kak, hang sabar jelah kak, tak lama dah aku nak duduk sini. nanti hang takyah pandang aku macamtu dah"  


ada satu hari time aku masih duk asrama lagi, miah ada bawak balik braille dia sebab ada kerja dia belum siap. aku teruja siot dia tulis laju nak mampus hahahaha. lepas tu aku cakap aku nak try dan dia bagi je. tapi aku memang taktahu pape pasal natang tu. 

"miah ni macam mana ni miahhhhhhhhh? ajaq sat"

dia dah bagitau key ini apa key hujung tu apa tapi aku still lembab tak dapat tangkap. at last

"miahhhhh. tulis nama kami sat boleh dak? nah macam ni eja dia. miah taip kami habaq tau. go miahhh go!!"

"lekaih la tadi suruh sangat"

miah marah hahahahah sebab aku kacau dia buat kerja

"ok ok d-i-y-a-n-a"

"nah ambik. simpan buat kenangan tau"

______________________________________________________________


dan sampai sekarang aku masih ingat cemana rupa dia. cara dia cakap. telatah dia. aku rasa aku baru je dok sebut nama dia baru-baru ni. rindu. tapi taktahu cemana nak contact. sebab aku kira dia dah habis skolah. macam aku. mesti skang dia duduk rumah. 


tadi, macam biasa, lepas habis siram pokok bunga abah, aku akan masuk rumah buka tv tengok Malaysia Hari Ini (mhi) sambil kemas rumah gittew. masa aku buka tu mhi dah start. masa aku tengok, part bebudak laki yang cacat penglihatan tapi power gila main bola sepak. menarik cerita harini -- bisik hati cewah novel sangat. 


lepas tu, aku dengar saiful ke perempuan tu tah cakap, "harini kita ada tetamu khas. dijemput siti salmiah"


what?

Siti Salmiah?

Salmiah?

Miahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!


aku tenang je dulu kot kot salah orang. 


skali dia nyanyi lagu siti nurhaliza. sah, ni miah yang aku kenal lima tahun lepas. suara dia tak berubah. rindu sangat. aku happy gila dapat tengok dia. muka mak ayah dia tu, aku kenal.


tak sangka tau. Allah nak temukan aku dengan dia harini. even bukan depan-depan, at least aku nampak dia. dengar suara dia. dengar dia baca al-mulk tadi. subhanallah. rindu sangat. 


aku rindu nak dengar dia nyanyi lagu em aku tak sure apa tajuk dia tapi lirik dia macam ni


Buta mata tak nampak jalan didunia kerana tidak namapak cahaya
tidak tahu ke mana hendak dituju ke hilir atau ke hulu
Boleh jadi orang simpati yang membawa
tapi buta hati menderita


*****lagu ni first time miah nyanyi dan aku sangat terkesan dengan lagu ni. sampai sekarang aku ingat bait tu je. yang tu je aku ingat hahaha maaf lirik aku tak sure betul ke tak. aku main bantai taip je kakakakakka


Entah, aku rasa happy dapat tengok dia. Bila boleh jumpa pun aku taktahu. Aku harap miah tak lupa aku. em harap dia masih ingat aku. Tapi kalau dia lupa pun aku tak kecik hati sebab perjalanan dia kat dunia ni, dia dah jumpa ramai sangat orang yang kagum dengan dia. termasuk aku. jadi, aku tak kisah. cuma aku bangga sangat dengan apa yang dia dah buat selama dia hidup. 


Miah. dia bukan tak sempurna tapi dia istimewa sebenarnya. Bukan setakat bisa nyanyi tapi dia punya kuasa dari Allah untuk habis dihafalnya 30 juzuk al-quran. Bayangkan kita yang ada kuasa melihat yang Allah pinjamkan untuk kita, tapi kita gunakan untuk apa? kita dapat buat apa dengan kuasa mata yang power sangat ni? surah pendek pun belum tentu lancar kita sebut. Allahu. moga muhasabah diri ya dena


Allah dah pilih kau dena untuk kenal hati budi orang yang taknampak dunia. jangan tanya aku cemana aku rasa. sebab perasaan tu tak dapat digambarkan. rasa dia lebih dari tenang. 


pagi tadi, aku ada post kat instagram. ada yang tanya aku tulis tu kisah benar atau apa. Allahu. jujur aku kata, ni cerita betul. Mungkin tanggapan semua, aku cuma nak tumpang popular bila miah masuk tv. kononnya baru nak ngaku kawan. Takpelah, mulut orang, tanggapan orang kita takleh halang. yang mana percaya-- teruskan. yang mana tak percaya-- aku tak terasa pun. ya mungkin betul, sebab miah masuk tv baru aku terhegeh-hegeh upload itu ini post itu ini. macam aku cerita, aku rindu miah. aku tak sangka tetiba dia muncul. 


mungkin ni cara Allah nak tunjuk dia dekat aku. Maaf ya semua. Aku memang banyak buat salah dengan miah. Last aku jumpa pun masa rehat tu jelah. Lepas cuti tengah tahun, aku terima surat skolah kluster tu. Aku pergi. Habis je tahun tu, terus aku pindah taiping. Memang totally lost contact dengan miah. Nama d-i-y-a-n-a yang miah taip pakai braille pun hilang masa aku kemas-kemas barang nak pindah. kan aku cakap, lepas aku tengok ajl time caliph buskers nyanyi tu tetiba terdetik nama miah dalam kepala aku. dan tak sangka tadi miah muncul kat tv. 


Aku nak titipkan pesanan sikit. Walaupun derang ni buta jangan anggap derang tak nampak tau. Deria rasa derang kuat sangat. hati derang ni terang. derang memang tak sempurna. sama macam kita. tapi kita still cukup sifat dan boleh buat apa je yang kita suka. macam derang, banyak yang terbatas. tapi derang tak pernah merungut. Malah tiap hembusan nafas derang bersyukur dengan apa yang derang ada. macam miah,  once bila dia dah pegang tangan kau, dia akan ingat siapa kau. tapi aku tak sure sekarang miah ingat aku lagi ke tak. satu sebab dah lama aku tak jumpa miah, dah lama dia tak pegang tangan aku. dua, dia mesti pegang ramai tangan orang selama 5 tahun ni. Tak kisah lah, tapi aku syukur dapat kenal miah. Bersyukur sangat


Aku tak ambik kesempatan, tapi aku cuma teruja nampak dia. Rasa bangga dengan dia. Tu je. Terima kasih sudi baca post kali ni. Tak minta simpati apa-apa langsung dari korang semua. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang elok dari khilafnya aku sendiri. Maaf. Jumpa lagi. Adios

Ikhlas,
Dena 

3 comments:

  1. wahhh boleh hafaz 30juzuk? subhanallah

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, rasa sedih lakkk eyhh =') Hurmmm.. Ufttt. Taktau nak cakap pe :')

    ReplyDelete

  • Hello peeps welcome to my *unprivate diary* HAHA so enjoy yrself here ok? Selamat menggodek cerita bosan & Have fun hiks